240 unit Hyundai Ioniq 5 habis terjual di Australia dalam tempoh beberapa jam!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak disangka-sangka, model EV Hyundai Ioniq 5 mendapat sambutan yang luar biasa di Australia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut laporan, Hyundai Australia memperuntukkan sebanyak 240 unit untuk tempahan kumpulan pertama, dan hanya dalam masa beberapa jam kesemua unit telah pun habis ditempah.

Laman web Hyundai Australia juga turut tidak boleh diakses disebabkan terlalu banyak kunjungan yang diterima selepas tempahan dibuka.
 

Ioniq 5


Untuk kumpulan kedua pula, Hyundai memperuntukkan kira-kira 160 unit, namun sebagai makluman lebih daripada 13,000 orang melahirkan hasrat untuk mendapatkan EV Hyundai ini.

Untuk pasaran Australia, Hyundai Ioniq 5 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, di mana versi asas pacuan roda belakang memiliki kuasa 214 hp dan 350 Nm.

Sementara versi pacuan semua roda (AWD) pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar dengan kuasa gandingan 302 hp dan 605 Nm.
 

Ioniq 5


Namun, kedua-dua varian didatangkan dengan pek bateri standard berkapasiti 72.6 kWh, dengan jarak pemanduan sejauh 451 km atau 430 km untuk versi AWD.

Hyundai juga turut merancang untuk memperkenalkan varian yang lebih mampu milik untuk pasaran Down Under, berkemungkinan besar varian yang dilengkapi dengan pek bateri yang lebih kecil (58 kWh) serta pilihan motor elektrik tunggal (167 hp) atau motor elektrik berkembar (232 hp).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti varian Staria Load yang telah dilancarkan sebelum ini, varian Premium hanya…