25 tahun ŠKODA OCTAVIA estate, wagon yang pernah masuk Malaysia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Skoda Octavia vRS Estate Mk1
Skoda Octavia vRS Estate Mk1
Kereta jenis wagon mempunyai kelompok peminat tersendiri, jualan tidak besar tetapi pengeluar terus menawarkannya sebagai contoh Mercedes-AMG C 63 estate yang baru sahaja diperkenalkan.

Di negara kita pun apa kurangnya, sekali-sekali ada wagon yang ditawarkan dan paling tegar mestilah dari Volvo.

Sekitar tahun 2005 dulu ada sebuah wagon daripada Republik Czech dijual di negara kita, tidak lain tidak bukan ianya adalah ŠKODA Octavia Kombi.

Harga pasca NAP (Polisi Automotif Nasional) ketika itu ialah sekitar RM157,000. 

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SKODA OCTAVIA COMBI

Octavia di pasaran global sekarang berada dalam generasi keempat dengan usia keseluruhan mencecah 25 tahun termasuk model konsep.

Octavia pertama kali dipertontonkan pada September 1997 di Pameran Kenderaan Frankfurt dan walaupun tampil sebagai konsep, ianya mirip model pengeluaran massa.

Octavia direka oleh pasukan yang diterajui Dirk van Braeckel yang sebelum itu terlibat dalam Octavia hatchback.

Model konsep di Frankfurt tampil dengan sedikit perubahan berbanding model produksi yang dibawa enam bulan kemudian di Pameran Kenderaan Geneva 1998.

SKODA OCTAVIA COMBI

Selepas Octavia, Dirk van Braeckel terlibat dalam banyak projek Bentley dari Continental GT sehingga model konsep Bentayga, EXP 9 F.

Octavia estate mempunyai jarak roda sama seperti model hatchback iaitu 2,512 mm tetapi 6 mm lebih panjang dan 26 mm lebih tinggi.

Walaupun berbeza, berat Octavia estate hanya bertambah 15 kg berbanding hatchback.

Sebagai sebuah wagon, kapasiti but ialah 548 liter dengan kerusi ditegakkan dan meningkat kepada 1,512 liter apabila kerusi dibaringkan.

Angka itu meletakkan Octavia sebagai kereta penumpang yang paling besar dan praktikal pernah dikeluarkan ŠKODA.

 

SKODA OCTAVIA COMBI

 

Dari segi sejarah, Octavia estate adalah penyambung legasi Octavia 1961 yang pertama kali dipertonton pada Pameran Kejuruteraan Antarabangsa di Republik Czech pada 11 September 1960.

Model itu dikeluarkan sehingga 1971 sebelum diganti dengan 1000MB. Disebabkan bentangan enjin 1000MB berada di belakang, model wagon tidak pernah dikeluarkan.

Satu lagi fakta penting Octavia ialah ianya dibangunkan di bawah pemilikan Kumpulan Volkswagen.

Di sebalik model itu sendiri, transformasi turut dibuat pada kemudahan pengeluaran ŠKODA.

Skoda Octavia Combi 1961

Kumpulan Volkswagen melabur besar untuk kilang ŠKODA di Mladá Boleslav dan menjadi kilang kereta paling maju di Eropah pada masa itu.

Kilang itu mempunyai kemudahan tekan tera (press) paling besar di dunia dan mampu menekan tera bahagian sisi penuh Octavia dalam satu keping.

Selepas diperkenal, Octavia menerima sambutan hangat dan pelanggan di Britain terpaksa menunggu sehingga 1998 untuk mendapatkan model pemanduan kanan.

Model terawal Octavia digerakkan enjin 1.6 petrol dan ditawarkan ringkas dengan dua varian sahaja. Enjin 1.8 liter turbo diperkenalkan pada 1999 selain diesel dan model wagon.

 

Skoda Octavia Scout 2007

 

Pada 2002, varian Octavia diperkemaskan dengan nama baharu iaitu Classic, Ambiente, Elegance dan Laurin & Klement dan juga tambahan jenis enjin.

Bercakap tentang ŠKODA, tidak lengkap jika model vRS tidak disentuh. Model pertama Octavia vRS tiba di United Kingdom pada 2001 dengan enjin 1.8 liter turbo berkuasa 180 PS.

Untuk rekod, Octavia RS generasi kedua pernah dijual di negara kita pada 2011 dan berharga RM190,400.

Octavia vRS 2001 adalah model massa pertama ŠKODA sejak lewat 70-an dan menerima sambutan hangat daripada pembeli terutama sekali model wagon.

 

Skoda Octavia estate Mk3

 

Sehingga kini lebih 166,000 Octavia wagon berjaya dijual di UK atau 45 peratus daripada jualan Octavia di sana sejak 1998.

Model terbaru Octavia yang diperkenalkan pada 2020 pula terus cemerlang dengan memenangi banyak anugerah dari penerbitan dan media UK dan Scotland.

Buat peminat tempatan, model terpakai Octavia wagon boleh dimiliki pada harga sekitar RM20,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

SKODA Octavia vRS Estate Mk4