2.6 juta kenderaan dipanggil semula di US, kempen recall Honda terbesar tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 2.6 juta model kenderaan berjenama Acura dan Honda terjejas disebabkan oleh pam bahan api yang bermasalah di Amerika Syarikat.

Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk dengan betul, dan boleh mengakibatkan komponen tersebut berubah bentuk dan berupaya menghentikan terus operasi pam bahan api.
 

CTR


Honda akan memanggil semua pemilik kenderaan yang terjejas secara berperingkat, disebabkan pengeluar tersebut tidak mempunyai stok alat ganti yang mencukupi.

Ini merupakan kempen panggil semula yang terbesar diumumkan oleh Honda pada tahun 2023, melibatkan pelbagai jenis model tahun 2017 hingga 2020 termasuklah Acura NSX, Honda Civic Type R, Honda CR-V dan juga Honda Ridgeline.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…