26 kereta pelancong ditunda ke IPK Melaka

oleh SALINA JALIL|
Keseronokan 26 individu melancong ke negeri ini dengan sebahagiannya turut membawa ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak tidak berpanjangan apabila kereta dinaiki ditunda ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di Melaka.


Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua kenderaan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik selain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, hasil pemeriksaan, sebanyak 55 saman dikeluarkan membabitkan 26 buah kereta yang telah dibawa ke IPK Melaka.

 

“Kita telah mengadakan beberapa operasi berasingan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak 8 Disember lalu dan hasil serbuan sebanyak 26 buah kereta ditahan atas pelbagai kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

“Pihak polis telah mengeluarkan 30 saman ke atas pemilik kenderaan terbabit manakala JPJ sebanyak 25 saman,” katanya pada sidang akhbar di Melaka semalam.

 

Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Mohamad Firdaus Shariff dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Osman.

 

Tambahnya, antara kesalahan dilakukan termasuklah mengubah suai enjin, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ekzos bising.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang ditahan merupakan pelancong luar termasuk dari Terengganu, Perak, Kedah, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

 

“Semasa penahanan dibuat ada di antara mereka ini datang melancong bersama ahli keluarga termasuk membawa isteri dan anak-anak selebihnya konvoi bersama rakan-rakan.

 

“Satu kumpulan kereta jenis Proton Satria turut ditahan ketika sedang menginap di sebuah rumah inap desa di Sungai Putat di sini,” katanya.

 

Utusan

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Domestik
Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform YouTube "Tread The Globe", pasangan warganegara…
Hezeri Samsuri
Kita semua arif bahawa orang Malaysia yang memang kalau boleh, mahu meletakkan kenderaan mereka di…