26 motosikal musnah terbakar di parkir asrama UniMAP

oleh Hamimah Hamid|
SEBANYAK 26 motosikal musnah terbakar selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, dalam
kejadian pada 4.43 pagi itu, 10 lagi mengalami kerosakan kecil.

"Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. 

 

"Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at berkata, operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi.

 

Katanya, operasi melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.