28 kematian di jalanraya Hari Raya pertama

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 28 kematian akibat kemalangan jalanraya dicatatkan semasa Hari Raya Aidilfitri pertama kelmarin, dan 19 dari jumlah itu melibatkan penunggang motosikal dan pemboncengnya.

Menurut Timbalan Inspektor Jeneral Polis, Datuk Razarudin Husain, enam lagi kematian membabitkan pemandu kereta dan penumpang, dua pejalan kaki dan seorang pemandu SUV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi selama Ops Selamat 18 yang yang dilancarkan pada 29 April lalu, berbanding dengan 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April dan 20 pada 1 Mei.

Razarudin menambah sebanyak 76 kematian telah direkodkan selama operasi itu dilakukan dengan Selangor sebagai negeri dengan jumlah tertinggi, diikuti oleh Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).

Sebanyak 6,932 kemalangan jalanraya dicatatkan sejak bermulannya Ops Selamat 18 sehingga Hari Raya pertama, dengan Selangor mempunyai kes tertinggi (1,650 kes), Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674) dan Pulau Pinang (597).

Kemalangan di jalan bandar merupakan kes tertinggi pada 2,925 kes, diikuti dengan jalan persekutuan (1,401), jalan negeri (1,307) dan lain-lain jenis jalan (568).

Razarudin turut berkata sebanyak 211,235 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, dengan 81,753 saman khusus untuk kesalahan memandu dengan laju.

*Berita dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…