28 Penumpang Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Lori di Maran

oleh Qalif Latif|
Seramai 28 penumpang sebuah bas ekspres, termasuk 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), terselamat dalam satu kemalangan yang berlaku awal pagi tadi di Kilometer 161.3, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat, berhampiran susur keluar Maran.

BAs

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) merempuh belakang sebuah treler yang bergerak di laluan sama. Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, hasil siasatan awal mendapati bas berkenaan gagal mengelak dan melanggar belakang treler, menyebabkan bahagian hadapan bas mengalami kerosakan teruk termasuk bampar depan dan cermin utama retak.

BAs

Bas yang dikendalikan syarikat LA Holiday itu membawa kesemua 28 penumpang termasuk 13 pelajar UMPSA. Pegawai Perhubungan Awam UMPSA, Mimi Rabitah Abdul Wahit, memaklumkan kesemua pelajar terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka tiba di Masjid UMPSA, Kampus Gambang pada jam 3 pagi selepas dibawa menaiki bas transit yang disediakan.

Pemandu bas ekspres berusia 38 tahun serta pemandu dan kelindan treler masing-masing berusia 40 dan 25 tahun juga dilaporkan tidak cedera.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
Malaysiakini
Harian Metro

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, pemandu bas berusia 54 tahun, seorang penumpang warga…