292 juta kereta wujud di China sekarang

oleh HEZERI SAMSURI|
Jumlah kenderaan keseluruhan di China sekarang ialah lebih kurang 384 juta unit, dan 292 juta dari itu ialah kereta penumpang.

Kajian oleh Kementerian Sekuriti Awam China (Ministry of Public Security) itu dilakukan berdasarkan kiraan pada penghujung bulan Jun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebanyak 18.7 juta kenderaan baharu didaftarkan pada setengah tahun pertama 2021, menandakan peningkatan sebanyak 32.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan pencapaian tertinggi untuk industri tersebut.

Sebanyak 1.1 juta unit kenderaan tenaga baharu (NEV) di daftarkan pada enam bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 235 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

China sekarang mempunyai 6.0 juta kenderaan NEV (termasuk EV) di atas jalanraya, kiraan yang dilakukan pada 30 Jun 2021.

 

 

Ada 74 bandaraya di China yang mempunyai lebih dari 1 juta kenderaan.

Sebanyak 18 bandaraya China yang mempunyai lebih dari 3 juta unit kenderaan.

Beijing pula mempunyai lebih dari 6 juta kenderaan di dalam bandarayanya.

China mempunyai 469 juta pemegang lesen memandu, dan 13.9 juta menerima lesen mereka separuh pertama tahun 2021.

Sayang sekali laporan itu tidak menceritakan berapa teruk kesesakan jalanraya di negara itu.

Ini ialah sebab utama mereka mampu melawan negara-negara maju di dalam pelbagai industri kerana mempunyai kerajaan yang tegas, rakyat yang patuh dan pasaran domestik yang paling kukuh di dalam dunia.

* Laporan dari Gasgoo.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…