297 Ferrari berhimpun di Genting Highland

oleh Firdaus Razani|
Ahli-ahli Ferrari Owners Club Malaysia (FOCM) baru ini mengadakan perarakan megah dengan menempuh jarak sejauh empat km dari Kuil Gua Chin Swee menuju ke puncak Resorts World Genting, sebelum berkumpul di hadapan Hotel Genting Grand.

Ferrari 430 Scuderia, 458 Speciale, F12 N-Largo, F8 Tributo, dan 488 Pista adalah antara kereta berprestasi tinggi eksklusif yang menonjol serta menampilkan keunggulan aerodinamik yang hebat.

 

sf

 

Kali terakhir FOCM mengadakan konvoi mega di destinasi resort terkemuka itu adalah pada tahun 2020 dengan penyertaan 100 buah kereta Ferrari.

Konvoi mega itu turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records yang menghimpunkan 297 buah kereta Ferrari di satu tempat.

 

sf

 

Presiden Resorts World Genting Winnie Lim, berkata "Kami sangat gembira kerana berjaya menambah satu lagi pencapaian yang luar biasa dengan mengumpulkan 297 Kuda Itali Ferrari pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut!

“Kejayaan ini amat membanggakan bagi semua pemilik dan peminat kereta super yang terkenal di dunia." katanya.

 

sf

 

Tambahnya lagi, "Sebagai perintis ikon riadah dan hospitaliti yang progresif, kami mencerminkan semangat kecemerlangan dan kegembiraan rakan kongsi tanpa henti”.

Perbarisan kereta diakhiri dengan malam persahabatan dan makan malam istimewa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting untuk 420 tetamu yang hadir. Acara tersebut dimeriahkan dengan tarian, persembahan muzik secara langsung, dan sambutan pesta di Genting Rouge.