3 Cara Automotif Cari Duit Menerusi Online

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sejak pandemik melanda dunia, perniagaan melalui atas talian atau online semakin popular kerana ia membenarkan urusan dilakukan secara maya, lantas mengurangkan interaksi antara individu.


Selain dari itu, modal juga jauh lebih rendah kerana perniagaan atas talian tidak memerlukan kedai fizikal untuk diuruskan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Malaysia tidak terkecuali dan di sini ialah tiga cara utama peminat automotif boleh menggunakan pengetahuan mereka untuk menjana pendapatan secara online:

 

1. Jual aksesori/alatganti kenderaan

 

Ini adalah antara yang paling popular di media sosial dan juga di grup Whatsapp.

 

Apa yang penting ialah anda perlu mencari pembekal barang-barang tersebut.

 

Antara sumber-sumber yang boleh dicuba ialah:

  • Pengimport rasmi
  • Pembekal rasmi
  • Beli sendiri dari sumber 
  • Jadi "reseller"

Ada juga yang menjual aksesori DAN alat ganti kerana syarikat mereka akan dibenarkan menjalankan perniagaan semasa PKP kerana perniagaan itu turut didaftarkan sebagai pembekal alat ganti (perkhidmatan perlu). Kami tidak sarankan kerana ia tidak begitu jujur.

 

gambar hiasan

 

2. Jual merchandise jenama kenderaan

 

Percaya atau tidak, Malaysia sebenarnya kekurangan barangan jenama atau "merchandise" dari syarikat kenderaan.

 

Antara sebab ia jarang dijual ialah kerana harga yang terlalu mahal, namun begitu ada jenama-jenama automotif yang mengambil inisiatif untuk mencari pembekal yang menawarkan harga yang lebih kompetitif.

 

Honda dan BMW Motorrad contohnya mempunyai banyak merchandise yang mampu milik, tetapi hanya diketahui oleh mereka yang sering ke dewan pameran atau ke pusat servis.

 

Apa yang dilakukan sekarang ialah ramai membeli merchandise ini dalam jumlah yang banyak, dan kemudian dijual melalui media sosial atau grup Whatsapp dengan sedikit kadar keuntungan (mark-up).

 

Ada juga yang membawa merchandise luar negara untuk dijual di sini, tetapi harganya sedikit mahal. Walaupun harga yang premium, akan ada fanatik jenama yang akan membelinya kerana seringkali produk-produk ini berkualiti dan sesuai dengan kenderaan mereka.

 

 

3. Menjadi Agent-On-The-Go Etiqa 

 

Kita semua pernah melihat kemewahan syarikat insurans dan takaful, dan kali ini Etiqa (anak syarikat Kumpulan Maybank, syarikat perbankan terbesar tempatan) membenarkan anda untuk menjadi ejen sendiri yang bernaung di bawah Etiqa secara terus.

 

Untuk menjadi Agent-On-The-Go Etiqa, anda hanya perlu mendaftar sebagai ejen dan mereka akan membantu dan membimbing anda serta menyediakan latihan lengkap sehingga anda bersedia menjadi ejen insurans atau takaful yang sah agar anda boleh terus menjana pendapatan.

 

Tawaran ini terbuka untuk anda yang sedang mencari pekerjaan, atau yang mahu mencari pekerjaan sampingan atau anda yang mempunyai pengalaman sebagai ejen insurans atau takaful. 

 

 

 

Di samping itu, aplikasi mobil yang dikenali sebagai Etiqa AOTG juga disediakan khas untuk Agent-On-The-Go Etiqa di mana ia mempermudah dan membenarkan anda menawarkan pelan insurans atau takaful kenderaan dan lain-lain kepada pelanggan anda pada bila-bila masa sahaja!

 

Contohnya, anda boleh mendapatkan sebutharga untuk polisi pelanggan anda dalam masa yang sangat singkat hanya menerusi smartphone anda.

 

Mudah saja kan? Dalam erti kata yang lain, anda boleh menjana pendapatan pada setiap masa walaupun ketika berada di rumah! Cuma pastikan anda mempunyai sumber internet yang stabil.

 

Sekiranya anda masih berasa was-was atau kurang pasti, sila saksikan video penerangan dari Alif Satar di bawah ini tentang Agent-On-The-Go Etiqa ini:-

 

 

 

Jangan tunggu lama-lama, kelak menyesal nanti! Isi butiran peribadi anda SEKARANG di pautan ini:- https://www.etiqa.com.my/v2/aotg/form

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merangkumi perlindungan dari kebakaran, kecurian, kilat, letupan, tangki air atau paip pecah…
Berita Domestik
Pemilik kereta yang sebenar akan memilih perlindungan yang terbaik bagi memastikan kereta yang…
Berita Domestik
  Tambahan RM1 juta lagi turut disumbangkan kepada tabung bencana Mercy Malaysia untuk membantu…