3 lelaki lakukan aksi “wheely” ditahan, 34 motosikal disita

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Tiga lelaki yang melakukan aksi berbahaya di jalan raya hingga membahayakan keselamatan pengguna lain ditahan polis bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Johor Bahru Selatan, dalam operasi membanteras samseng jalan raya awal pagi Isnin.

Turut disita 34 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemeriksaan lanjut serta 73 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, operasi diketuai pegawai berpangkat inspektor dan dibantu tujuh anggota bahagian siasatan dan penguatkuasan trafik JBS bermula jam 5 petang Ahad dan berakhir jam 4 pagi Isnin.

Lokasi tumpuan sekitar jalan Skudai Pantai Lido yang sering dijadikan lokasi golongan remaja melakukan aksi berbahaya seperti aksi ‘wheely’, ‘superman’ dan menunggang motosikal secara zig-zag serta pelbagai aksi lain yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Katanya, dalam operasi berkenaan seramai 54 individu dan 49 buah motosikal diperiksa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 denda maksimum RM15,000 dan penjara wajib satu hari sehingga 5 tahun.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabit…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd…
Berita Domestik
Sebelum kejadian mangsa baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.…