3 rakyat Malaysia kantoi guna lesen terbang di Australia

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kegiatan menjual dan membeli lesen palsu atau dikenali sebagai lesen terbang dilihat masih tidak dapat dibendung secara menyeluruh. Kesalahan itu bukan sahaja merisikokan nyawa, malahan boleh menyebabkan berlakunya jenayah yang tidak diingini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru- baru ini, hantaran dari Facebook Traffic and Highway Patrol Command - NSW Police Force  melaporkan bahawa mereka telah mengesan 3 kesalahan penggunaan lesen palsu dalam masa kurang dari 24 jam ,di mana semua pesalah merupakan warga Malaysia.

Pesalah pertama telah ditahan semasa jam 2:30 pm waktu Australia pada 17 September 2022, suspek ditahan merupakan seorang pemandu lelaki asal Malaysia berusia 42 tahun yang memandu sebuah Holden Cruze berwarna putih.

 

2

 

Semasa kejadian, pegawai peronda telah memeriksa lesen memandu lelaki tersebut, dan mendapati bahawa lesen yang diberikan adalah palsu.

Pegawai tersebut turut memeriksa maklumat lesen lelaki tersebut melalui portal rasmi JPJ dan mendapati lelaki tersebut hanya memiliki lesen motosikal yang sudah luput tarikh sejak 2005.

Pemandu tersebut telah diarahkan untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 yang disabitkan dengan kesalahan memiliki dokumen palsu.

 

3

 

Pesalah kedua dan ketiga ditahan serentak semasa jam 12:03 pm waktu Australia pada 18 September 2022, kedua-dua suspek ditahan semasa pegawai peronda sedang menjalankan ujian Stationary Roadside di Burley Griffin Way, Ardlethan.

Seorang pemandu lelaki berusia 34 tahun asal Malaysia memandu Nissan X-Trail biru dan seorang lagi pemandu lelaki berusia 22 tahun yang juga asal Malaysia memandu Toyota Estima berwarna perak.

Kedua-duanya telah ditahan menggunakan lesen palsu dan setelah diperiksa melalui portal rasmi JPJ, kedua-dua suspek tidak pernah memiliki apa-apa lesen memandu.

 

4

 

Kedua-dua suspek tersebut turut diarahkan untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 yang disabitkan dengan kesalahan memiliki dokumen palsu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…