3 sebab tayar botak boleh akibat kemalangan

oleh HEZERI SAMSURI|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Kebanyakan dari kita yang memang meminati kenderaan faham akan risiko penggunaan tayar yang sudah haus atau tayar botak.

Namun begitu, ramai lagi di luar sana yang masih tidak mengendahkan penggunaan tayar yang sudah botak. Ada yang berfikiran tayar yang botak masih mampu memberhentikan kenderaan.

Careta ingin menyampaikan artikel ini khusus untuk mereka dengan ucapan, kenang daku dalam doamu.

 

1. Tiada saluran air


Oleh kerana bunga tayar sudah haus, air tidak dapat mengalir keluar dari bawah tayar.

Ini bermakna jika anda memandu kenderaan yang mempunyai tayar yang botak semasa hujan, kejadian “aquaplanning” atau tayar terapung sangat mudah berlaku.

Apa yang terjadi ialah air yang lalu di bawah tayar tiada tempat saluran khusus untuk keluar, dan kerana itu tayar akan “terangkat” dan bergerak di atas air.

Jika tayar belakang terangkat, ekor akan terkeluar dan kereta boleh terpusing, walaupun di jalanraya lurus. 

Pastinya, tiada puaka di jalan itu tetapi aquaplanning yang sebenarnya terjadi.

 


Jika tayar hadapan mengalami aquaplanning, kereta akan terasa ditarik ke tepi jika memandu di laluan lurus.

Dan kerana tayar hadapan sudah terangkat dan terapung di atas air, kereta akan terasa hilang kuasa membelok dan walapun stereng dipusing ke kiri atau ke kanan. 

Keadaan ini juga dipanggil “understeer”. Keadaan semakin tenat dan teruk bila brek ditekan dan kereta tidak mempunyai ABS.


2. Mudah meletup


Jika tayar sudah botak, ia bermakna lapisan luar tayar sudah tipis.

Lapisan itu tidak dibina untuk bertahan lama dan jika dipandu laju, haba akan meningkat dan ini akan meninggikan risiko “blow-out” atau tayar meletup.

Bila tayar meletup, anda berkemungkinan besar akan hilang kawalan kenderaan anda.

Kebanyakan kemalangan akibat tayar meletup boleh dihindari jika pemandu rajin memeriksa keadaan tayar setiap kali sebelum perjalanan dan menjaga tekanan udara tayar agar anda tahu tayar mana yang mengalami kebocoran kecil.


3. Tiada daya cengkaman


Oleh kerana bunga sudah haus, tayar menjadi licin dan kurang mencengkam kepada jalanraya.

Di permukaan kering, kenderaan dengan tayar yang botak akan memerlukan jarak membrek yang lebih jauh sebelum ia mampu berhenti sepenuhnya.

Di atas permukaan yang basah pula, kenderaan mungkin akan terbabas ke kiri atau ke kanan semasa brek kecemasan.

Di Amerika Syarikat, 13 peratus kemalangan kenderaan di jalanraya diakibatkan oleh tayar yang botak. 

Kajian tahun 2012 itu bermaksud satu dari lapan pemandu kenderaan di sana mempunyai risiko kemalangan akibat tayar botak.


 


Di Malaysia, ada yang beranggapan tayar botak ini lebih baik kerana jentera perlumbaan Formula 1 turut menggunakan tayar botak (semasa kering).

Mungkin mereka terlupa bahawa tayar Formula 1 hanya beroperasi secara maksimum semasa suhu meningkat dan ia menghasilkan permukaan getah yang melekit dan melekat ke jalanraya.

Ia juga habis dibuang setiap kali tamat satu perlumbaan, dan kadang-kadang ia perlu ditukar semasa perlumbaan. 

Ia juga perlu ditukar semasa hujan kerana tayar itu hanya khusus untuk permukaan kering.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Berita Global
Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…