3 Tips Keselamatan Jalan raya sempena Musim Perayaan 2018

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia mencatatkan rekod kematian yang tinggi akibat kemalangan jalan raya saban tahun dengan 6,740 orang maut pada tahun 2017 dengan purata 19 nyawa terkorban dalam masa sehari.

Bagi mengurangkan kadar tersebut daripada terus meningkat, setiap rakyat Malaysia harus bertanggungjawab untuk berubah demi masa depan yang lebih cerah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berikut merupakan tiga tips keselamatan jalan raya yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kadar kematian dan menjadikan jalan raya Malaysia lebih selamat. 

 

1. Penggunaan kenderaan awam menggantikan kenderaan persendirian. 


Menggunakan kenderaan awam merupakan satu cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. 

Negara-negara seperti Jepun, UK, Finland dan Sweeden kebanyakannya mempunyai jaringan perhubungan keretapi awam yang baik dan menunjukkan bahawa penggunaan pengangkutan awam mampu mengurangkan kemalangan dan kematian. 

Jadi, rakyat Malaysia disarankan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan memaksimumkan penggunaan kenderaan awam terutama ketika musim perayaan.
 

2. Kawalan kelajuan


Salah satu strategi berkesan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan ialah dengan mengawal kelajuan kenderaan masing-masing. 

Pengurangan kelajuan kenderaan dilihat mampu memberikan masa kepada para pemandu untuk mengawal kenderaan dengan lebih baik di samping memberikan ruang untuk bertindak sekiranya berlaku sebarang kecemasan. 

Kelajuan yang tinggi menyebabkan kecederaan disebabkan amaun tenaga yang dibawa oleh kenderaan ketika bergerak. 
 


Teori toleransi jasad manusia hanya mampu menyerap tenaga daripada pelanggaran sepantas 30 km/j sekiranya berada di luar (pejalan kaki dan penunggang basikal) dan 50 km/j bagi penumpang kenderaan. 

Mana-mana pelanggaran yang melebihi kelajuan yang disebutkan diatas dikelaskan sebagai pelanggaran maut. 

Memandu dengan pantas sememangnya mampu mengurangkan penggunaan masa di atas jalan, namun sebuah penyelidikan mendapati untuk jarak perjalanan sejauh 50 km dengan hadlaju 90 km/j, kita hanya mampu menjimatkan sebanyak 6 minit perjalanan sekiranya memandu pada 110 km/j melebihi had laju yang dibenarkan. 

Kita mungkin boleh menjimatkan lebih masa dengan bertolak lebih awal bagi mengelakkan perjalanan yang tergesa-gesa. 
 

3. Maksimumkan penggunaan alatan keselamatan


Untuk pemandu yang sudah terbiasa, mereka akan memastikan tali pinggang keledar untuk penumpang termasuklah pemandu sudah kemas terpasang.

Kenderaan moden kini sudah dilengkapkan dengan sensor pengesan tali pinggang keledar untuk kesemua penumpang. Jadi, gunakanlah alatan tersebut dengan baik dan tidak mengambil jalan pintas hanya untuk mendiamkan amaran daripada sistem tersebut, dan mengabaikan keselamatan sendiri.

Untuk penumpang yang lebih kecil seperti bayi, ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan kerusi yang sepatutnya untuk keselamatan ketika bergerak di atas jalan. 

Sudah terlalu banyak kes kematian bayi yang dicatatkan di akhbar utama Malaysia hanya kerana tiada inisiatif yang diambil untuk meletakkan bayi pada tempat yang sepatutnya ketika memandu.


Untuk penunggang motorsikal pula, helmet perlulah sesuai, selamat dan selesa untuk perjalanan, dan untuk keselamatan tambahan, jaket keselamatan dengan pad siku dan lutut sewajarnya dipakai setiap masa. 

Artikel ini merupakan terjemahan dan diubah suai daripada nashkah asal yang diterbitkan oleh Ass. Professor Dr. Kulanthayan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
  Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap…
Berita Domestik
Menteri Pengakutan, Anthony Loke menegaskan keputusan itu dibuat bagi menjimatkan kos yang menelan…