Laporan dari TheGuardian, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) kini mengeluarkan senarai yang memaparkan perincian mengenai kemalangan itu yang dikaji dibawah program Penyiasatan Kemalangan Khas.
Senarai itu menunjukkan NHTSA telah membuka lapan kertas siasatan terhadap kemalangan membabitkan kereta Tesla bagi bulan Mac sahaja.
Secara keseluruhannya, sebanyak 30 kes kemalangan kereta Tesla dilaporkan yang mana 10 daripada jumlah kes itu mengakibatkan kematian. Daripada jumlah 30 kes kemalangan kereta Tesla, NHTSA menolak kemungkinan sistem mod pandu sendiri terlibat dalam tiga kes.
Agensi itu hanya mengeluarkan laporan mengenai dua kes kemalangan.
Dalam masa yang sama, satu artikel** dari firma guaman Pittman, Dutton, Hellums, Bradley & Mann di Birmingham, Alabama mendakwa kenderaan swapandu mengakibatkan lebih banyak kemalangan (9.1 kemalangan untuk setiap satu juta batu) berbanding dengan kenderaan yang mempunyai pemandu (4.1 kemalangan untuk setiap satu juta batu).
*Laporan lengkap di TheGuardian
** Baca artikel Pittman, Dutton, Hellums, Bradley & Mann di pautan ini.