30 pemenang peraduan 'Fuel-ing Ong' bawa pulang bar emas!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menganjurkan peraduan 'Fuel-ing Ong' bermula dari 15 Januari hingga 15 Mac 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang tempoh tiga bulan peraduan berlangsung, ia telah menarik minat lebih setengah juta penyertaan dari seluruh negara, di mana pelanggan hanya perlu membuat pembelian bahan api BHPetrol Infiniti atau barangan di kedai BHPetromart minimum RM30.

Malah, ia juga turut menyumbang kepada peningkatan angka jualan dan transaksi penggunaan kad kesetiaan BHPetrol eCard.

100 orang pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa bar emas 999.9 seberat 20 gram dan juga 10 gram.

Pada hari ini, BHPetrol telah mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada 30 orang pemenang dari sekitar Lembah Klang yang disampaikan sendiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad bertempat di The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dan merakamkan setinggi penghargaan kepada pelanggan yang turut serta di dalam peraduan ini.

"Ini merupakan salah satu cara kami untuk menghargai pelanggan yang telah memberikan sokongan kepada jenama itu, dan kami akan berterusan membawakan promosi yang menarik, serta perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kami," ujarnya lagi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini telah dirasmikan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BHpetrol, Ir Azizul Azily…
Berita Domestik
Antara yang menjadi cabaran paling utama masa kini ialah kenaikan setiap harga barang di mana ia…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN (Software-Defined…