30 penunggang motosikal beraksi di malam minggu, 14 motosikal disita dan 91 saman dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
Tiga puluh individu ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila menunggang motosikal tanpa alasan munasabah di sekitar Kuantan pada malam Ahad.


Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya sebelum ini membuat pemantauan dan risikan berhubung aktiviti samseng jalanan yang aktif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB.


Menurutnya, susulan maklumat diterima, pihaknya menggempur beberapa lokasi panas di sekitar bandar Kuantan yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit termasuk di Jalan Pintasan Kuantan kawasan Bukit Rangun, Jalan Tanjung Lumpur depan Yayasan Pahang, Jalan Kuantan-Gambang dan Jalan Beserah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Dalam operasi bermula 9 malam dan berakhir 6 pagi Ahad, kita berjaya menahan 30 individu kerana kesalahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Perkara 15, Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan No 6) 2020.

 

"Tiga daripada mereka turut melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie'," katanya ketika dihubungi di Kuantan semalam.

 

Mohamad Noor berkata, seorang daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1951 kerana positif dadah jenis methamphetamine.

 

Menurutnya, sebanyak 91 saman dikeluarkan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan dan 14 motosikal disita kerana melakukan kesalahan mengikut 60 APJ 1987 iaitu mengubahsuai struktur kenderaan yang dimiliki.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…