3,000 kenderaan elektrik musnah terbakar di Vietnam

oleh Penyumbang Rencana|
foto WE News English
Kebakaran besar di sebuah kilang di utara Vietnam memusnahkan 3,000 basikal elektrik dan motosikal pada Jumaat.

Asap tebal naik dari sebuah gudang milik Syarikat Kenderaan Elektrik DK Vietnam-Jepun di Bandar Lang Son selepas kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 7 pagi Jumaat dengan beberapa letupan kedengaran.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.

Suami kepada pengasas syarikat itu, Hoang Van Khoi mengesahkan kepada AFP berhubung kebakaran tetapi tidak mengulas lanjut.

Kebakaran bermula di tingkat dua gudang alat ganti itu dan merebak ke tingkat lain dan bengkel bersebelahan.

Kemudahan pengeluaran kenderaan elektrik DK Bike menjangkau lebih 3,000 meter persegi (32,300 kaki persegi) dan termasuk kawasan untuk pengeluaran, pemasangan, alat ganti dan bilik pameran untuk kenderaan siap.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.

The Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan dari Reuters, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) sudah…
Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…
Berita Global
Sebuah platform dagangan kereta terpakai kedua terbesar di Korea Selatan, K Car, melaporkan…