-30°/+30°: Porsche Taycan Cross Turismo tunjuk keupayaan dalam salji dan padang pasir

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Taycan Cross Turismo merupakan pendekatan Porsche dalam menawarkan kenderaan elektrik yang lebih versatil serta keupayaan untuk menawan laluan off-road 'yang serius'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keupayaan tersebut dibuktikan lagi menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar automotif itu yang menampilkan rakaman pemanduan di dua lokasi yang berbeza - padang pasir Arab Saudi dan trek salji di Finland.

Porsche Taycan Cross Turismo tersebut diberikan liveri merah dan biru, serta angka "-30°" dan "+30°" yang menggambarkan suhu kedua-dua lokasi dalam unit Celcius.

 


Walaupun perbezaan suhu yang jauh berbeza, akan tetapi kedua-dua lokasi itu menampilkan layout trek yang hampir sama bagi membolehkan peralihan babak pemanduan atas salji ke pemanduan atas padang pasir yang menakjubkan.

Malah, Porsche turut bekerjasama dengan Johnny FPV merakamkan aksi pemanduan lasak itu dengan menggunakan dron, kamera RED Komodo, dan FreeFly Wave serta GoPro untuk babak terbang menerusi tingkap kereta.

Video penuh aksi pemanduan Porsche Taycan Cross Turismo itu boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjalanan EV tersebut bermula dari Tasik Ayding, wilayah Xinjiang yang terletak 218.845 meter di…
Pelancaran
Dikategorikan sebagai cross utility vehicle (CUV), Porsche Taycan Cross Turismo membawakan bentuk…
Berita Domestik
Hari ini, pihak Porsche Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance telah mengumumkan pembukaan…