323 ribu peluang pekerjaan di bawah NAP 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia sekaligus menandakan arah tuju Malaysia untuk menjadi sebagai peneraju serantau di dalam industri pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan terutama di dalam sektor automotif, selari dengan Visi Automotif Nasional.

NAP 2020 digarap bertujuan untuk meningkatkan lagi penyelidikan teknologi baharu, peluang perniagaan dan pekerjaan SME dan juga pembangunan proses pembuatan baharu dan rantaian nilai di dalam sektor automotif lokal.
 


Ia juga turut memfokuskan kepada Kenderaan Generasi Berikutnya (NxGV), Mobiliti sebagai sebuah perkhidmatan (Maas), dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan garis masa untuk tempoh 10 tahun (2020-2030).

Selain daripada itu, NAP 2020 juga turut memberikan fokus kepada penambahbaikan posisi sedia ada, dimana penyertaan syarikat tempatan di dalam rantaian bekalan domestik dan global akan turut dipromosikan. 

Fokus juga akan turut diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan, penyediaan tenaga kerja tempatan, sokongan kepada projek kereta nasional serta meningkatkan lagi aspek eksport, pelaburan dan volum penghasilan tempatan. 

Sasaran NAP 2020 adalah untuk mencipta sehingga 323,000 peluang pekerjaan secara keseluruhan di dalam industri automotif di dalam bidang berikut:

  • Pembuatan: 128,000 peluang pekerjaan
  • Aftermarket: 46,000 peluang pekerjaan
  • IoT: 44,000 peluang pekerjaan
  • MaaS: 75,000 peluang pekerjaan
     


Tiga hala tuju NAP 2020:

1. Teknologi dan Kejuruteraan
-tumpuan kepada pembangunan komponen kritikal dan sistem untuk NxGV, MaaS dan IR4.0, termasuklah sistem dan komponen di dalam Automated, Autonomous and Connected Vehicle (AACV), teknologi IR4.0, teknologi bahan ringan serta kenderaan hibrid, elektrik dan sel bahan api.

2. Pelaburan
-mekanisme insentif yang akan diteruskan berdasarkan analisis kos dan manfaat perniagaan spesifik yang diunjurkan oleh pelabur

3. Pengembangan pasaran
-langkah-langkah untuk meningkatkan eksport bukan sahaja untuk kenderaan dan komponen, malah untuk sektor aftermarket dan perkhidmatan.

Strategi NAP 2020

Strategi 1: Pembangunan Rantaian Nilai
-untuk meningkatkan lagi kadar persaingan rantaian nilai domestik untuk menghasilkan produk berteknologi dan berkualiti tinggi untuk memenuhi standard masa hadapan pembuatan kenderaan dan keperluan pengguna

Strategi 2: Pembangunan Modal Insan
-untuk membangunkan bakat tempatan selari dengan permintaan semasa dan permintaan industri pada masa akan datang untuk teknologi mobiliti dan automotif

Strategi 3: Keselamatan, Persekitaran dan Kepenggunaan
-untuk mengadaptasi teknologi baharu yang lebih mesra alam dalam usaha untuk menangani masalah emisi dan keselamatan
-memperkenalkan elemen perlindungan dan hak pengguna yang berkaitan dengan isu seperti alat ganti, perkhidmatan, penyelenggaraan serta proses panggil kembali.
 


Pengumuman NAP 2020 akan disusuli dengan beberapa kempen penjangkauan, repositori informasi, persidangan serta penglibatan pemegang berkepentingan untuk memastikan Visi Automotif Nasional direalisasikan untuk Malaysia yang lebih baik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata perancangan itu bergantung…