37 Kereta, 7 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Bengkel di Shah Alam

oleh Qalif Latif|
Sebanyak 37 kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 24 di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa. Bagaimanapun, seorang pekerja bengkel cedera melecur di tangan ketika cuba mengalihkan kenderaan daripada kawasan kebakaran.

Shah Alam

Beliau menjelaskan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi mengawal api yang marak. Api berjaya dikawal setelah beberapa jam operasi, namun kesemua kenderaan yang berada di bengkel tersebut musnah.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala jumlah kerugian keseluruhan belum dapat ditentukan.

Shah Alam

📷 JBPM Selangor

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan dari Reuters, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) sudah…
Berita Global
Lebih 2,000 komponen motosikal elektrik turut musnah dalam kebakaran itu, kata media kerajaan.…
Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…