4 individu masak mi segera di stesen minyak didenda RM500

oleh Penyumbang Rencana|
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh membayar denda RM500.

Kesemua mereka dituduh bersama-sama mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, pada 12 Mei lebih kurang jam 1.30 pagi didakwa memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, yang merupakan satu perbuatan sebegitu gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.

Pendakwaan dijalankan Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tular di media sosial sekumpulan lelaki dan wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera di perkarangan stesen berkenaan.

Rakaman dipercayai dibuat sendiri rakan mereka itu, dikecam warga net kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya kerana stesen minyak adalah kawasan sensitif dan mudah terbakar.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Informasi
“Cuma ada beberapa stesen yang memohon untuk membuka operasi sedikit lewat bagi memberi ruang…
Berita Domestik
Menurut laporan Sinar Harian terdapat beberapa kenderaan pacuan empat roda bercermin gelap disyaki…
Berita Domestik
"Video tular berkenaan memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di…