43 tahun, Daihatsu Indonesia capai produksi ke-7 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu (20 Ogos 2021), pengedar dan pemasang kenderaan Daihatsu PT Astra Daihatsu Motor (ADM) meraikan pencapaian penghasilan kenderaan yang ketujuh juta unit di Indonesia, selepas 43 tahun bertapak di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit yang ke-7 juta itu merupakan sebuah Daihatsu Rocky berwarna kuning.

ADM memulakan produksi kenderaan di Indonesia bermula pada tahun 1978, sebelum mencapai produksi unit yang ke-1 juta pada tahun 2005.

Namun, angka produksi 2 juta berjaya dicapai dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu lima tahun sahaja diikuti dengan produksi yang ke-3 juta (2013), 4 juta (2015), 5 juta (2017), dan 6 juta (2019).

Meskipun wabak pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020, ia tidak menghalang ADM untuk terus mencapai angka produksi yang ke-7 juta selepas dua tahun.
 

ADM


Menurut Kurniawan Rahardono, Pegawai Eksekutif PT ADM menjelaskan, "Pencapaian produksi yang ke-7 juta unit merupakan satu momentum yang penting buat ADM, lebih-lebih lagi disaat pandemik yang masih lagi belum reda. Daihatsu akan terus komited dalam memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan produk terbaik sesuai dengan kualiti peringkat global.

Pihak ADM sendiri mempunyai dua buah kilang pemasangan yang terletak di Sunter dan Karawang, dengan jumlah produksi mencapai 530,000 per tahun.

Daripada jumlah itu, penjualan kenderaan Daihatsu di Indonesia sahaja merangkumi 40 peratus dalam tempoh lima tahun terakhir (2017-2021).

Selain daripada kenderaan berjenama Daihatsu (Terios, Ayla, Rocky, Xenia), ADM juga turut memasang model-model berjenama Toyota seperti Rush, Agya, Raize, Avanza, serta tidak ketinggalan Daihatsu Gran Max PU dan juga Gran Max Minibus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, terdapat dua varian utama sahaja yang ditawarkan, dan kedua-dua varian itu tampil…
Berita Domestik
Kempen tersebut melibatkan 1,451 buah model yang diproduksikan bermula 7 Mac 2018 sehingga 10 April…