48 Lamborghini Urus dipanggil semula di US, masalah sistem infotainmen & kamera undur

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Lamborghini mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 48 unit SUV Urus tahun 2022 di Amerika Syarikat dan Kanada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah sistem infotainmen dan kamera pandang belakang itu menyebabkan SUV tersebut tidak memenuhi peraturan nombor 111 Federal Motor Vehicle Safety Standard, iaitu penglihatan belakang.

Masalah ini berpunca daripada pembekal, di mana sesetengah unit infotainmen tersebut dihasilkan dengan menggunakan input voltan yang terlalu tinggi, sehingga mengakibatkan berlakunya ralat pada salah satu daripada alat kawal selia voltan yang terdapat di dalam sistem tersebut.
 

Urus


Menurut Lamborghini, semasa sistem kenderaan dimatikan, ralat tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada pelbagai komponen di dalam unit kawalan, seperti paparan skrin serta kamera pandang belakang.

Mujur kes ini tidak melibatkan angka yang besar.

Secara keseluruhan, sebanyak 48 unit Lamborghini Urus terlibat, di mana kesemuanya diproduksikan antara tarikh 16 September 2021 hingga 23 September 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…