Menurut laman web AutonetMagz.com, lima dari 10 jenama automotif terlaris di Indonesia ialah dari jenama Daihatsu atau yang dihasilkan oleh Daihatsu tetapi menggunakan logo Toyota.
Di bawah ialah carta jualan kenderaan paling laris 2021 untuk Indonesia.
- Toyota Avanza (63,467 unit)
- Toyota Rush (51,868 unit)
- Toyota Innova (49,490 unit)
- Daihatsu Sigra (38,296 unit)
- Toyota Calya (35,655 unit)
- Honda Brio Satya (30,254 unit)
- Mitsubishi Xpander (28,424 unit)
- Mitsubishi Xpander Cross (22,383 unit)
- Toyota Fortuner (22,249 unit)
- Daihatsu Ayla (20,837 unit)
Avanza, Rush dan Calya adalah model-model Toyota yang sebenarnya adalah salinan model-model dari Daihatsu sendiri (Daihatsu Xenia, Daihatsu Terios (Perodua Aruz) dan Daihatsu Sigra.
Daihatsu Ayla pula ialah sama dengan Perodua Axia.
Projek-projek automotif Daihatsu pula sebenarnya dibangunkan oleh pelbagai kumpulan R&D yang berada di bawah syarikat itu sendiri. Di Indonesia, ia berada di bawah Astra Daihatsu Motor dan di Malaysia, Perodua.
Usaha Daihatsu untuk membangunkan bakat-bakat industri automotif dari rantau Asean sepatutnya dihargai kerana ia mewujudkan kepakaran yang khusus untuk industri tersebut di Asean.
* Laporan lengkap dari Autonetmagz.com