5 fakta ŠKODA FABIA RS Rally2, boleh dibeli untuk rali!

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA FABIA RS Rally2
ŠKODA FABIA RS Rally2
Pentas perdana Kejohanan Dunia Rali (WRC) 2022 dibarisi oleh model hebat seperti Toyota Yaris, Hyundai i20 dan Ford Puma.

Selain model hebat tersebut perlumbaan rali juga meriah dengan pelbagai kategori dan model.

Di antara model yang lama dan popular ialah ŠKODA FABIA dan pernah bersaing di dalam ladang kelapa sawit negara kita.

Dari segi sejarah, ŠKODA sebenarnya aktif dalam sukan permotoran sejak tahun 1901 lagi.

Motosikal L&K (nama lama dan pengasas ŠKODA) digunakan dalam perlumbaan tahan lasak dari Paris ke Berlin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Di antara kejayaan utama ŠKODA ialah menang Kejohanan Kereta Penumpang Eropah 1981 (ETCC) dengan model ŠKODA 130 RS.

ŠKODA FABIA pula menjadi jagoan buat syarikat pada masa kini yang mencatatkan pelbagai kejayaan. 

Sebagai contoh FABIA S2000 menang 50 perlumbaan antarabangsa dan kejohanan rali kebangsaan dari tahun 2009 hingga 2014.

Menyambung kehebatan FABIA S2000 ialah FABIA R5 dengan enjin 1.6 turbo pada tahun 2015 dan turut sama mencatat banyak kejayaan di pelbagai rali antarabangsa dan kebangsaan.

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Sehingga penghujung musim rali 2021, FABIA R5 (Rally2) dan FABIA Rally2 evo telah menduduki lebih 3,700 podium di 65 buah negara.

Suatu yang mengujakan legasi tersebut akan disambung oleh model baharu ŠKODA FABIA RS Rally2 yang menggantikan FABIA Rally2 evo.

Model ini menggunakan enjin 2.0 TSI dari siri EA888 yang diubahsuai dan digunakan pada model RS ŠKODA. Siri enjin EA888 memang terkenal di dalam Kumpulan Volkswagen.

1. 1.6L turbo, 289 hp, 430 Nm, kelajuan maksimum 200 km/j 

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Model kereta Rally2 diisyaratkan oleh FIA untuk menggunakan enjin 1.6 liter turbo dari enjin produksi.

ŠKODA Motorsport telah mengubahsuai enjin 2.0 TSI kepada 1.6 liter dan kini mempunyai output 289 hp dan daya kilas maksimum 430 Nm.

Kelajuan maksimum ialah 200 km/j dan sebenarnya sangat pantas untuk perlumbaan rali.

Berbeza dengan enjin pada model FABIA Rally2 evo, enjin ini menggunakan port kemasukan dan ekzos yang direka baharu.

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Turut diberi perhatian ialah omboh dan kebuk pembakaran yang dioptimumkan, pemasaan injap boleh ubah dan juga sistem pelinciran.

Para jurutera turut merekabentuk semula sistem ekzos, intercooler dan laluan penyejukan untuk keupayaan sejukan lebih baik. 

Pengecas turbo juga baharu termasuk perisian pengurusan enjin. 

2. Lima kelajuan, pacuan empat roda

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Dipadan bersama enjin 1.6L turbo ialah kotak gear lima kelajuan berturut (sequential) dan dua pembeza (differentials) dengan pacuan empat roda.

Selain itu, FIA melarang penggunaan bantuan pemanduan elektronik dan bagi meningkatkan cengkaman, hanya pengunci pembeza mekanikal dibenarkan untuk gandar depan dan belakang.

Pengunci pembeza tengah (centre differential) juga tidak dibenarkan.

Cumanya, cekam pemisah di antara gandar belakang dan belakang diaktifkan apabila brek tangan digunakan dan membantu ketika membelok di dalam perlumbaan.

Di sini kehebatan para pemandu rali terserlah bagi mendapatkan cengkaman terutama sekali pada kelajuan tinggi.

3. Saiz roda dan cakera brek berbeza untuk jalan asfalt dan bertanah (gravel)

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Perlumbaan rali dilangsungkan di atas dua permukaan iaitu jalan asfalt atau bertanah dan mempunyai cabaran dan keperluan berbeza.

Untuk permukaan asfalt, kereta rali ini menggunakan cakera brek 355 mm di depan dan 300 mm di belakang dengan padanan roda saiz 18 x 8 inci.

Bagi permukaan bertanah pula, cakera brek depan dan belakang menggunakan saiz sama iaitu 300 mm dan roda 15 x 7 inci.

4. Tangki khas untuk petrol 100 peratus lestari atau minyak perlumbaan fosil

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Selari dengan peraturan FIA, kereta rali ini menggunakan tangki bahan api khas dan getah kalis gegaran. Kapasiti tangki ialah 82.5 liter dan mempunyai busa khas bagi mencegah kebocoran.

Tangki itu turut dilindungi gentian atau kevlar dan mempunyai lapisan penyerap pada bahagian bawah.

Untuk rali musim 2022, petrol 100 peratus lestari digunakan dalam WRC dan minyak bio tersebut diolah dari sisa biologikal dan minyak-e sintetik.

5. Besi chromoly sepanjang 35.8 meter

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Melindungi pemandu dan juru pandu arah ialah rangka keselamatan besi chrome-molybdenum kekuatan tinggi dengan ukuran 35.8 meter dan dikimpal pada casis.

Proses itu dibuat semasa pengeluaran badan kereta dan kemudian baru panel sisi dan bumbung dipasang.

Kaedah tersebut untuk kejituan atau ketepatan pembuatan yang lebih tinggi selain kemasan (fit) dan sambungan lebih baik pada badan kereta.

Nak beli? Boleh, siap sokongan sepanjang hari!

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Bermula pada musim perlumbaan 2020, ŠKODA Motorsport menawarkan khidmat lengkap kepada pelanggan yang membeli kereta lumba mereka.

Khidmat tersebut merangkumi pembekalan alat ganti, pengubahsuaian enjin, transmisi dan komponen casis seperti penyerap hentak.

Selepas kereta rali dibeli, ŠKODA Motorsport menawarkan sokongan teknikal kepada pelanggan dan berdasarkan permintaan, pelanggan juga akan menerima cadangan tetapan (setting) untuk perlumbaan.

 

ŠKODA FABIA RS Rally2

 

Turut disediakan ialah latihan kepada jurutera dan mekanik pelanggan. Juga menarik, ŠKODA Motorsport menawarkan khidmat sokongan 24 jam, tujuh hari seminggu!

Maklumlah, perlumbaan rali bukan mengikut siang atau malam dan juga dilangsungkan di pelbagai benua.

Lebih 450 unit jentera lumba telah disiapkan oleh ŠKODA Motorsport dan dijual dan setakat April 2022, lebih 1,700 kemenangan berjaya dicatatkan dan FABIA di antara model rali paling berjaya di dunia!

Penulis: Muhammad Md Tajudin