5 Lebuhraya guna sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September 2023

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Lima buah lebuh raya dijangka akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September depan.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan di Facebook, beliau menjelaskan, “pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini merupakan inisiatif awal peralihan kepada sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF).

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilapor mengarahkan semua agensi termasuk pengendali pengangkutan awam untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan tidak tertakluk kepada sistem Touch ‘n Go sahaja.

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat…
Berita Domestik
Terbaharu, beliau mengumumkan lima lagi lebuh raya utama bakal melaksanakan sistem pembayaran kad…
Berita Domestik
    "PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat…