5 perkara anda tak tahu tentang Lebuhraya PLUS

oleh HEZERI SAMSURI|
Setiap hari, lebih kurang 1.5 juta kenderaan bergerak di atas lebuhraya-lebuhraya yang berada di bawah operasi PLUS.

Jalinan lebuhraya PLUS ini memang sering digunakan oleh kita tetapi mungkin kerana itu, kita terlupa penat lelah serta cabaran yang dilalui untuk membina salah satu sistem jalanraya termoden di rantau ini.

PLUS memang mempunyai sejarah yang menarik dan beberapa fakta yang ramai tidak ketahui. Di bawah ialah lima fakta berkaitan yang anda mungkin tidak tahu dan juga lima gambar-gambar "rare" lebuhraya tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
old pix of PLUS

 

1. PLUS bukan hanya ada Lebuhraya Utara-Selatan.

PLUS ialah pemegang konsesi lebuhraya terbesar di Malaysia. Rekod operasi yang baik membuatkan PLUS menjadi pilihan utama kerajaan untuk menjaga lebuhraya-lebuhraya yang lain. 

Antara lebuhraya di bawah operasi PLUS ialah:

  • Lebuhraya Utara Selatan (NSE)
  • Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang 
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

 PLUS juga ialah salah satu operator lebuhraya terbesar  di Asia Tenggara.

 


2. Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah dibuka secara rasmi sejak 8 September 1994 dan menelan belanja kira-kira RM6 bilion.

Lebuhraya NSE ini lebih dikenali oleh orang awam sebagai PLUS, dan ia menyambungkan Jitra di Kedah dengan Johor Bahru di sempadan Singapura dengan jarak 805.8 km.

Ia mengambil masa tujuh tahun untuk dibina dan seksyen terakhir yang siap ialah antara Gopeng dan Tapah.

NSE memendekkan perjalanan dari Kedah ke Johor Bahru dari 15 jam kepada tujuh jam sahaja.

Lebuhraya ini dirasmikan oleh  Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1994 dan majlisnya dilakukan di R&R Rawang hala utara.

 

 


3. PLUS mempunyai lebih dari 2,400 kamera CCTV

PLUS juga sedang menaik-taraf kamera-kamera ini kepada kamera definisi ultra-tinggi.

Selain dari itu, video dari kamera-kamera itu akan digunakan oleh perisian khusus untuk menganalisa kesesakan trafik.

 

 

4. Nama PLUS digunakan secara rasmi pada 13 Mei 1988

Nama PLUS yang asal ialah Highway Concessionnaires Berhad dan ia adalah anak syarikat United Engineers Malaysia Berhad (UEM).

Pada 13 Mei 1998, nama Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) diperbadankan dan kekal sehingga hari ini.

 

 

5. 29 hentian R&R, 50 hentian sebelah, 25,000 pelawat sehari dan lebih 9 juta pengunjung setahun

PLUS menjaga sebanyak 29 Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kesemua lebuhraya di bawah operasi PLUS.

Sebanyak 50 hentian sebelah turut disediakan, khusus untuk membenarkan pemandu dan pengguna sedikit masa untuk berehat.

Dengan jutaan pengunjung ke tempat rehat itu, PLUS masih boleh mengekalkan standard kebersihan mereka selama ini.


* Gambar ehsan PLUS Malaysia Berhad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…