5 perkara tentang Petronas Primax 97 dengan Pro-Race yang anda tak tahu

oleh SALINA JALIL|
1. Direka untuk menjawab kepada tiga kehendak utama pemandu


Petronas Primax 97 dengan Pro-Race direka untuk tiga masalah utama pemandu-pemandu


- Enjin hidup serta-merta dengan lancar dan tanpa bunyi kasar
- Prestasi yang responsif ketika mendaki, memotong, menukar laluan dan keluar simpang
- Memberikan lebih jarak perjalanan dengan jumlah petrol yang sama


Petronas juga menggunakan pelbagai lokasi di dalam dunia untuk menghasilkan teknologi Primax 97 dengan Pro-Race ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lokasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi Primax 97 dengan Pro-Race ini melibatkan beberapa negara di seluruh dunia seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Malaysia.

 

Ini kerana aktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi Primax 97 dengan Pro-Race memerlukan kajian mendalam daripada segi pemilihan teknologi, ujian standard industri spesifik kepada kebersihan enjin dan ujian prestasi kenderaan seperti keadaan pemanduan dan penjimatan bahan api.

enjin karburetor

 

2. Direka untuk enjin termodern, tapi enjin berkarburetor akan rasa perbezaan juga.

 

Walaupun Petronas Primax 97 dengan Pro-Race direka untuk enjin-enjin modern dengan teknologi direct injection dan enjin berkapasiti kecil dengan turbo, kesannya boleh dirasai oleh enjin-enjin lama. 

 

Malah, ada kemungkinan besar enjin lama akan terasa lebih perbezaan kerana Petronas Primax 97 dengan Pro-Race akan menjadikan pembakaran dan pembersihan mendakan karbon dalam sistem penghantaran bahan api kenderaan yang jauh lebih efisien.

 

Sekiranya enjin ditala untuk RON95, teknologi Pro-Race masih mampu memberikan perbezaan yang sangat ketara kerana adunan formula istimewa yang digunakan memang berkesan. 

 

terbaharu

 

 

 

3. Teknologi Advanced Dual Friction Modifier - memang yang pertama di dunia

 

Hasil dari kejayaan Petronas Primax 95 dengan Pro Drive menggunakan dua formula istimewa, Petronas tahu ia boleh menggabungkan beberapa molekul daripada formula-formula sama ada yang baharu mahu pun yang sedia ada.

 

Dari situ, Petronas berjaya menghasilkan teknologi Advanced Dual Friction Modifier yang pertama di dunia dan mampu mengurangkan 25 peratus geseran di dalam enjin kenderaan berbanding teknologi sebelum ini.

 

 

 

 

4.  Lebih separuh peserta ujian rahsia merasai kesan positif

 

Dua daripada tiga peserta ujian rahsia yang dilakukan sebelum pelancaran Petronas Primax 97 dengan Pro-Race merasai produk terbaharu ini memberikan kesan yang positif untuk kenderaan mereka.

 

Antara respon yang paling banyak diterima ialah enjin yang lebih lancar, penambahan prestasi yang ketara dan penjimatan bahan api yang lebih baik.

 

 


5. Lewis Hamilton tak temberang - dia guna Petronas Primax 97 dengan Pro-Race!

 

Juara Formula Satu tujuh kali dan pemandu dengan rekod kemenangan (95 kali), rekod petak pertama (98 kali) dan kemenangan di podium (165 kali) paling tinggi itu memang menggunakan teknologi Petronas Pro-Race di dalam kenderaan Formula Satu beliau.

 

Menurut Khalil Jaffri Muhammad Muri, Ketua untuk Perniagaan Runcit Petronas, bahanapi yang digunakan oleh Lewis adalah lebih dari 90 peratus serupa dengan bahanapi Petronas Primax 97 dengan Pro-Race.

 

Apa yang berbeza ialah sedikit tambahan untuk menyesuaikan bahanapi itu dengan enjin hibrid V6 turbo direct injection Formula Satu serta cabaran perlumbaan.

 

"Ia sama juga konsep dengan bahanapi yang digunakan untuk perlumbaan Moto2 dan Moto3 di mana Petronas Primax ialah bahanapi rasmi," terang Khalil.

 

"Bahanapi untuk Formula Satu juga terlalu mahal untuk digunakan di dalam pasaran pengguna biasa," terangnya di samping mengingatkan pengguna bahawa spesifikasi bahan api Formula Satu yang digunakan dalam perlumbaan itu sendiri mempunyai ciri-ciri yang sama seperti yang dijual di stesen minyak komersil untuk kegunaan biasa.

 

 

lewis
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…