5 sebab kenapa kerajaan negara maju tak suka kereta lama? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tak tahu sebenarnya bahawa kos untuk "menyimpan" kenderaan-kenderaan olskool di negara-negara maju ini sebenarnya tinggi.

Yang selalu ditayangkan di media sosial ialah gambar-gambar yang cantik, tapi perit di belakang gambar itu tidak dikongsikan bersama, menyebabkan ramai yang merasakan negara-negara itu adalah syurga dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kos seperti insuran dan pemeriksaan tahunan sering dijadikan "alat" untuk mengawal penggunaan kenderaan-kenderaan lama (kenderaan dari era 70-an ke 90-an) di atas jalanraya.

Singapura dan Jepun sebenarnya adalah contoh terbaik, di mana kereta yang lama sebenarnya lebih mudah dan murah untuk dimusnahkan kerana wujudnya polisi kenderaan lusuh (scrapping policy).

Di Malaysia, perkataan "scrap" untuk kenderaan pun tak wujud lagi. Tak apa, kita tunggu Dewan Bahasa dan Pustaka baca artikel ini, gerenti dia akan keluarkan perkataan dewata raya yang tak ada sesiapa akan ingat untuk digunakan.

Kenapa kerajaan negara modern tak berapa minat dengan kereta lama? Di bawah ialah jawapannya.

 

 

 

1. Kereta lama lebih "kotor"

Ya, kereta lama memang lebih kotor kepada alam sekitar kerana di zaman itu, piawaian pengeluaran asap tidak begitu ketat. 
Untuk memastikan udara alam sekitar bersih, piawaian itu diperketatkan dari masa ke semasa tetapi jika kenderaan lama masih bersepah di jalanraya, usaha itu tidak akan berhasil.
Kerana itu mereka akan cuba mengetatkan undang-undang agar kenderaan lama tidak dipakai lagi di negara mereka.
Ini juga sebabnya kenderaan sekarang menggunakan enjin turbo dengan kapasiti yang kecil agar ia mengurangkan kadar pelepasan asap dan menjimatkan bahan api.

 

 

2. Kereta lama tak selamat

Teknologi keselamatan kenderaan memang sudah jauh berubah. 
Di zaman-zaman 70-an dan 80-an, kenderaan tidak mempunyai rekabentuk kerangka yang kukuh pun. 
Oleh kerana Facebook dan Instagram belum wujud, ramai antara kita "terlupa" bahawa pada zaman itu, kenderaan yang terbabit di dalam kemalangan selalunya remuk teruk macam tin sardin.
Pada zaman sekarang, homologasi kenderaan semakin ketat dan kita juga ada badan-badan bukan kerajaan yang menguji kenderaan-kenderaan baharu - contohnya, Asean NCAP.
Teknologi keselamatan kenderaan sekarang juga jauh lebih baik. Sekarang ini, brek ABS dan beg udara adalah sesuatu yang wajib. Malah, kenderaan mampu milik seperti Perodua sudah dilengkapi dengan sistem Traction Control dan Sistem Brek Kecemasan yang boleh menghentikan kenderaan bila kereta hadapan berhenti.

 

 

3. Kereta lama tak cekap tenaga

Kenderaan lama memang tidak begitu cekap tenaga, kecuali kereta-kereta kecil kerana enjin mereka tidak perlu menurut piawaian pelepasan asap yang ketat dan kerangka mereka juga teramat ringan.
Kalau kenderaan besar seperti MPV dan SUV, ternyata mentekadarah minyak. Semasa saya memandu uji BMW X5 generasi pertama, perjalanan balik dari KL ke Kuantan akan menggunakan bahan api sebanyak RM70-RM80, dan harga bahan api pada zaman itu masih rendah.
BMW X5 generasi terkini lebih menjimatkan, terutama yang hibrid.
Malah, Porsche Cayenne terbaharu pun jimat bahan api.

 

 

4. Industri insurans tak suka

Untuk memberikan perlindungan insurans, semestinya syarikat insurans mahukan kenderaan yang lebih selamat. Kenderaan sekarang lengkap dengan kawalan elektronik yang membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik, dan mengelakkan kemalangan.
Kenderaan sekarang juga memberi perlindungan yang lebih baik kepada penumpangnya, dan ini turut merendahkan risiko.
Di samping itu, kenderaan lama sukar mencari alatganti dan ini akan menimbulkan isu yang remeh untuk pihak insurans.

 

 

5. Kenderaan baharu bantu jana ekonomi

Bab ini memang benar, walaupun ramai yang akan marah. Tetapi jika anda adalah anak kepada pekerja kilang kenderaan seperti Honda, Toyota, Perodua dan sebagainya, pastinya anda berterima kasih dengan penjualan kenderaan yang tinggi.
Industri automotif juga mempunyai banyak cabang ekonomi yang lain. Contohnya, pembekal komponen, institusi kewangan, syarikat insurans dan sebagainya.
Kejatuhan industri automotif boleh menyebabkan satu negara itu lumpuh. Kerana itu negara-negara besar seperti US dan Eropah membantu syarikat-syarikat automotif mereka agar boleh terus hidup.
Bayangkan pintu rezeki anda ditutup. Sakit bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menyedari permasalahan tersebut, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengambil tindakan dengan…
Berita Domestik
    Dari tahun 2016 hingga Mac 2021, sebanyak 314 buah kenderaan klon dirampas.   Mendedahkan…
Berita Domestik
  "Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala…