Dua tahun selepas itu, mereka memperkenalkan pula model My Ami Buggy - Citroën Ami versi yang lebih lasak dan ranggi dengan hanya 50 unit sahaja ditawarkan.
Tidak disangka-sangka, kesemua 50 unit itu habis terjual dalam masa kurang 18 minit sahaja!

Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Citroën mengumumkan perancangan untuk menawarkan 1,000 unit lagi Citroën Ami Buggy di mana pembelian adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Spesifikasi My Ami Buggy yang bakal dibina kelak ini adalah menyamai 50 unit pertama yang telah dijual, namun Citroën menjelaskan terdapat beberapa perubahan 'mengejutkan' yang bakal diperlihatkan kelak.

Tolak ketepi model Ami Buggy, model standard Citroën Ami yang tidak memerlukan lesen memandu itu nyata sangat laku di kalangan rakyat Eropah dengan lebih 30,000 unit telah terjual sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2020.
Ia didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 8 hp, dipadankan dengan pek bateri 5.5 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 70 km sahaja.