500 unit pertama Jaecoo J7 diserah pada wakil pengedar

oleh Firdaus Razani|
JAECOO Malaysia telah menyerahkan secara rasmi 500 unit SUV Premium J7 yang pertama kepada para wakil pengedar.

Jaecoo telah bekerja keras sepanjang tempoh tujuh bulan lepas untuk memantapkan ekosistem dan rangkaian kendiri, dan akhirnya menjayakan pelancaran rasmi SUV J7 pada pertengahan Julai.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tiga minggu selepas pelancaran, jenama kini memenuhi janjinya untuk menyerahkan kelompok pertama SUV J7 pada suku ketiga tahun ini, iaitu dalam tempoh masa yang dijadualkan.

 

j7

 

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata “Ternyata tahun ini merupakan satu tahun yang hebat buat JAECOO, bermula dengan tempoh previu seterusnya membawa kepada sambutan yang luar biasa di pelancaran rasmi SUV J7.

Kami amat teruja untuk menyerahkan 500 unit pertama SUV J7 kami dan sudah tentu seronok untuk memberi peluang kepada pelanggan memandu SUV kegunaan lasak premium terhangat di Malaysia,” katanya.

500 unit SUV J7 yang diserah kepada wakil pengedar merupakan varian pacuan semua roda (AWD).

Manakala, kelompok SUV J7 seterusnya yang akan diserahkan di bulan September akan terdiri daripada varian pacuan dua roda (2WD).

Pasaran automotif sememangnya jatuh hati dengan harga kompetitif model J7 AWD yang ditetapkan pada RM148,800, dan varian 2WD pada harga RM138,800.

Strategi harga JAECOO telah meletakkan SUV J7 sebagai pencabar utama dalam kategori SUV segmen C, iaitu sebagai sebuah jenama mewah yang mampu dimiliki.

 

j7

 

Naib Persiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata “Tumpuan kami ialah untuk mengekalkan momentum kukuh bagi memenuhi pesanan yang dibuat untuk J7 pada bulan-bulan akan datang.

Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa rangkaian kami bersedia untuk membawakan pengalaman pelanggan premium yang berpegang kepada falsafah jenama “From Classic, Beyond Classic” Jaecoo, dari saat penyerahan kenderaan kepada perkhidmatan lepas jualan,” tambahnya.

Kedua-dua varian JAECOO J7 disediakan dengan waranti tujuh tahun* atau jarak perjalanan sehingga 150,000km*, sebagai bukti keyakinan jenama tersebut terhadap inovasi dan kualitinya.

Para pelanggan JAECOO disokong oleh rangkaian pengedar yang meliputi 35 lokasi di seluruh negara, sebuah kilang pengeluaran terkhusus dan gudang alat ganti tulen JAECOO, untuk memastikan sokongan selepas jualan yang pantas dan lancar.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk pasaran tempatan, Jaecoo J7 ditawarkan dengan dua pilihan versi iaitu pacuan semua roda (AWD…
Model Terbaharu
Keunggulan model J7 telah diuji semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik…
Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…