53 motosikal, 8 kereta musnah terbakar di PPR Gombak Setia

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu kebakaran awal pagi tadi di kawasan parkir Blok 41 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia mengakibatkan kemusnahan kepada 53 buah motosikal dan lapan buah kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Balai Bomba dan penyelamat Wangsa Maju menerima panggilan kecemasan dalam jam 5.05 pagi dan bergegas ke sana dengan empat jentera dan 24 anggota.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Zaid Zainal, pasukan beliau tiba di lokasi pada jam 5.15 pagi dan api ketika itu sedang marak.

Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran dari merebak dan api padam sepenuhnya pada sekitar jam 5.47 pagi.

Kesemua 53 motosikal itu musnah 100 peratus manakala lapan kereta itu terbakar antara 60 ke 80 peratus.

Tiada mangsa terbabit dan punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

* Laporan dari Berita Harian dan gambar dari Facebook DAily TRaffic REport

 

Berita Berkenaan

Informasi
Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah,…
Berita Domestik
Tinjauan Bernama di beberapa kediaman strata dan PPR di Sentul, Setapak, Bandar Sri Permaisuri…