532.7 km/j - SSC Tuatara kini kereta produksi terpantas di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, SSC telah berjaya memecahkan rekod kelajuan terpantas yang mampu dicapai oleh kereta produksi menerusi model Tuatara, dengan kelajuan 532.7 km/j dan kelajuan dua hala purata 508.7 km/j di jalan tertutup Nevada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti kelajuan yang dicapai oleh Bugatti Chiron Super Sport 300+, SSC (Shelby SuperCars) membuat ujian yang lebih sempurna sehingga mampu mencapai gelaran kereta produksi terpantas di muka bumi ini.

Rekod tersebut berjaya dipecahkan dengan khidmat pelumba British Oliver Webb menggunakan jalan tarmac yang sama pernah digunakan oleh Koenigsegg pada tahun 2017.

Pada ketika itu, Koenigsegg Agera RS berjaya mencapai kelajuan purata dua hala 447.2 km/j dan kelajuan tertinggi 457 km/j.

Dalam ujian tersebut, Webb berjaya mencapai kelajuan tertinggi 484.53 km/j pada cubaan kali pertama sebelum mencapai angka 532.7 km/j.

 


Bercakap kepada Top Gear, Webb berkata "dengan kondisi yang lebih baik, saya tahu kereta ini mampu mencapai kelajuan yang lebih baik.

"Angin lintang merupakan halangan kami untuk mengetahui had sebenar kereta ini.

Tambah Oliver lagi, hypercar itu berjaya menambah kelajuan sebanyak 32 km/j dalam tempoh lima saat terakhir, mencadangkan terdapat ruang untuk membolehkan kereta tersebut mencapai kelajuan yang lebih tinggi.

 


Sebagai makluman, SSC Tuatara dikuasakan oleh enjin bentangan V8 jenis flat-plane crank 5.9 liter dengan induksi paksaan turbo berkembar yang mampu menjana 1,750 hp menggunakan bahan api E85.

Malah, kadar pekali seretan SSC Tuatara serendah 0.279 banyak membantu jentera ini mencapai kelajuan yang tidak masuk akal itu.

Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Pencapaian ini sekaligus meletakkan jurang 146 km/j pada rekod terpantas yang pernah dicatatkan…