55 unit Perodua Aruz diserahkan kepada KPDNHEP

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah membeli 55 unit Perodua Aruz AV, menandakan kemasukan SUV tujuh-tempat duduk tersebut ke sektor kerajaan dan pembelian fleet pertama bagi model tersebut.


Upacara penyerahan telah diadakan di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya, di mana Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Dato’ Haji Iskandar Halim Haji Sulaiman.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, “Kami amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekaligus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia, kerana lebih daripada 90% komponen Aruz adalah daripada sumber tempatan. Begitu juga dengan semua model-model kami yang lain.”

 

Sejak pelancaran Perodua Aruz pada bulan Januari lalu sebanyak 23,000 unit telah dijual dan lebih 33,000 tempahan telah diterima.

 

pic

 

Dato' Zainal turut berkata, “Kami difahamkan tugasan para pegawai penguatkuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Perodua Aruz adalah kenderaan yang lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tidak lupa juga kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

 

"Dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Perodua Aruz diberi penarafan keselamatan tertinggi lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah.”

 

“Ditambah dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia, kami yakin KPDNHEP akan menemui Perodua Aruz sebagai kenderaan yang sangat sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka,” tambahnya lagi.


 

 

Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

 

 

Pada Julai lalu, Perodua telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama KPDNHEP dalam usaha untuk membanteras produk dan alat ganti tiruan berjenama Perodua di pasaran, menjadikannya antara syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sedemikian.
 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…