560 pelanggan RFID menang 5.6 juta mata ganjaran

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak 5.6 juta mata ganjaran PLUSMiles telah dimenangi oleh 560 pelanggan RFID sempena kempen Hari-Hari RFID anjuran Plus Malaysia Berhad (Plus).

Plus melalui satu kenyataan berkata, kesemua 560 pelanggan RFID tersebut telah memenangi 10,000 mata ganjaran PLUSMiles setiap seorang yang boleh ditebus dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS.

 

Tambah Plus, setiap pemenang juga mempunyai pilihan untuk menebus baucar tunai bernilai RM50 daripada Mydin, Lazada, Shopee, Kad Hadiah Petronas, Starbucks, eWallet Touch ‘n Go dan sebagainya. Penebusan mata ganjaran menerusi Aplikasi PLUS atau portal PLUSMiles di https://redeem.plusmiles.com.my/catalog.

 

“Berlangsung selama lapan minggu, kempen yang bermula 8 April sehingga 2 Jun 2022 lalu telah memberi ganjaran kepada 70 pelanggan lebuh raya kendalian PLUS yang bertuah setiap minggu dan menggunakan RFID sebagai mod pembayaran tol.

 

“Kempen ini merupakan penghargaan pihak PLUS terhadap sokongan pelanggan yang memilih penggunaan RFID dan bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan lagi beralih kepada mod pembayaran itu sebagai pilihan selain daripada kad Touch ‘n Go dan SmartTAG sedia ada,” jelas kenyataan tersebut.

 

RFID membolehkan pelanggan menikmati perjalanan tanpa sentuh yang lebih mudah bertepatan dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh dan tanpa tunai melalui e-Dompet.

 

Sejak dilancarkan pada 15 Januari 2022, mod pembayaran itu telah mencatat kadar penggunaan yang konsisten dan telah merekodkan kira-kira sejuta pengguna RFID di seluruh negara. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengguna hanya perlu membeli dan mengaktifkan Touch ‘n Go RFID mereka dan menggunakannya minimum…
Berita Domestik
Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara…
Berita Domestik
Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan…