Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat 36,733 tiket masih belum terjual setakat ini dan pembelian masih ada di kaunter atau secara dalam talian di aplikasi Cuti-Cuti Langkawi.
"Untuk tempoh 10 hari ini, pihak kami menyediakan keseluruhan 93,000 tiket dan kita menjangka pembelian tiket akan terus meningkat disebabkan cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina.
"Kami menyediakan 188 trip normal (termasuk daripada Kuala Kedah ke Langkawi (44 trip) manakala Langkawi ke Kuala Kedah (44 trip).
"Bagi perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi pula sebanyak 50 trip dan Langkawi ke Kuala Perlis juga 50 trip sudah berada dalam sistem penjualan tiket, " katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Ahad.
Selain itu, Norhafiz berkata, pihaknya turut menambah 25 trip tambahan berdasarkan jumlah permintaan penjualan tiket yang semakin menggalakkan di saat akhir menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah lagi trip tambahan jika permintaan di luar jangkaan berlaku.
"Sehubungan itu pelancong digalak datang awal ke terminal feri untuk mengelak berlaku kesesakan, selain membuat pembelian awal tiket untuk mengelak kehabisan, " katanya.