59 peratus pemilik kenderaan tidak ada perlindungan banjir - Zurich Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Zurich Malaysia menggesa pemilik kenderaan bermotor untuk membuat penambahan perlindungan insuran memandangkan peningkatan hujan lebat yang dijangka bakal melanda pertengahan November ini seperti mana amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musim tengkujuh timur laut turut dijangka turun bersama kehadiran fenomena La Nina sehingga 2023. Taburan hujan yang membawa kepada bah banjir ini dijangka akan berlaku di beberapa kawasan.

Perlindungan khas ini ialah tambahan kepada perlindungan kenderaan dimana ia boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun. Ia melindungi kenderaan anda daripada kehilangan atau kerosakan akibat bencana alam seperti banjir.

Jadual dibawah memberikan pandangan mengenai kos berkenaan penambahan perlindungan khas ini kepada pelan Z-Driver dan pelan Z-Driver Takaful untuk kenderaan persendirian:
 


Dalam tinjauan Kesan Pandemik terhadap Perlindungan yang dijalankan di kalangan 990 orang pemilik kenderaan pada September 2021, Zurich Malaysia mendapati bahawa 59 peratus pemandu Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakkan akibat banjir.

Selain banjir, pemandu Malaysia turut tidak bersedia terhadap tragedi tanah runtuh dan pokok tumbang. Hanya satu daripada tiga pemandu aktif (34 peratus) dilaporkan mempunyai perlindungan untuk ribut termasuk pokok tumbang dan 29 peratus lagi untuk tanah runtuh.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…