6 faktor yang menentukan usia bateri motosikal anda

oleh HEZERI SAMSURI|
Semakin modern dan canggih motosikal, semakin penting fungsi yang ditanggung oleh bateri.

Dengan semakin popular penggunaan butang penghidup enjin atau Push-Start Button, penjagaan bateri semakin penting agar kita tidak tersangkut di perjalanan gara-gara enjin tidak dapat dihidupkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun bateri motosikal dibina agar tahan lasak, masih ada faktor-faktor yang boleh mengganggu usia bateri motosikal anda.

Syarikat bateri Yuasa adalah antara jenama bateri yang terbaik di pasaran dan ini adalah informasi  yang kami dapat dari syarikat itu tentang faktor-faktor yang membantu memendekkan jangka hayat bateri motosikal anda.

 

 

Cuaca
Sebenarnya bateri tidak suka cuaca sejuk dan sekiranya anda tidak parkir motosikal anda di dalam peti sejuk, insya Allah anda tidak akan mengalami masalah ini.
Suhu yang terlalu panas pula boleh menyebabkan bateri itu discaj dengan cepat. Jadi jangan biarkan motosikal diparkir di tengah panas selalu jika kita mahu bateri kita tahan lebih lama.

Penggunaan
Mereka yang menggunakan motosikal mereka setiap hari selalunya dapat memaksimakan usia bateri. Ini kerana kenderaan yang jarang bergerak selalunya mempunyai bateri yang tidak diendahkan penyelenggaraannya. Jika anda jarang menggunakan kenderaan itu, caj bateri sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

 

Aplikasi 
Bagaimanakah bateri itu dicaj di dalam kenderaan memainkan peranan yang penting juga. Kenderaan lama mempunyai sistem elektrik dan caj yang kurang sempurna berbanding dengan kenderaan modern. Jika kenderaan anda mempunyai banyak aksesori, tenaga bateri mungkin cepat luput dan ia terpaksa bekerja keras untuk sentiasa menyimpan caj.

Sulfasi atau sulfation
Sulfasi ialah penghasilan kristal pada plet-plet bateri dan ia terhasil kerana bateri tidak dicaj dengan sempurna. Lebih banyak sulfasi terjadi, lebih sukar bateri dicaj dan akhirnya ia tidak mahu dicaj langsung.

 

 

Kehilangan air
Kehilangan air bateri boleh terjadi kerana masalah lebihan caj atau overcharging. Ia juga disebabkan oleh penyejatan dan ia hanya terjadi kepada bateri konvensyenal biasa sahaja. Ia tidak berlaku kepada bateri jenis AGM tertutup (sealed Absorbent Glasds Mat yang selalu digunakan dalam bateri bebas selenggara atau MF battery). Bila plet di dalam bateri terdedah kerana berada di atas paras air bateri, ia boleh terkakis dengan pantas. Proses kakisan itu mampu menyebabkan litar pintas dan memusnahkan bateri. Kerana itu untuk bateri biasa, air bateri itu perlu dijaga.

Bateri kering atau complete drain
Pernahkah anda terlupa menutup lampu kenderaan sehingga bateri kering? Jika ia dicaj semula selepas itu, bateri anda tidak ada masalah untuk dicaj terus 100 peratus. Jika sering terjadi, nyawa bateri akan menjadi pendek kerana setiap kali bateri dicaj dari kosong ke 100 peratus, ia umpama anda mengalami serangan sakit jantung.

 

 

Yuasa mencadangkan agar anda menggunakan bateri bebas selenggara (Maintenance Free batteries atau MF battery). Bateri ini tahan lebih lama - purata antara tiga ke lima tahun tetapi jika dijaga dengan rapi, ia mampu pergi sejauh enam ke lapan tahun. 

Ia tidak terdedah kepada udara dan kerana itu, air bateri tidak akan kering. Ia juga mempunyai pembinaan dalaman yang lebih padat, menyebabkan kurang gegaran pada plet-plet dan ini mengurangkan faktor litar pintas.

Bateri MF jarang mati dengan serta merta. Ia akan memberikan amaran jika ia sudah hampir hujung usia - ia lambat untuk menghidupkan enjin. 

Bateri basah biasa tahan dua ke tiga tahun secara purata dan paling baik, empat ke lima tahun.

 

 

Umum mengetahui antara bateri paling popular kerana kualiti dan boleh dipercayai untuk motosikal anda ialah dari jenama Yuasa.

Sekarang ini, proses untuk mendapatkan bateri Yuasa tidak lagi rumit. Dengan cara pembelian online, anda akan mendapat bateri Yuasa tulen anda dengan mudah.

Laman web MatMotor ada menjual barisan bateri-bateri Yuasa khusus untuk motosikal berkuasa tinggi.

Harga yang diberikan juga adalah antara yang terbaik dipasaran. 

 

matmotor