60% tidak pilih EV kerana harga mahal - Juniper Research

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu kajian oleh syarikat penyelidik pasaran, Juniper Research mendapati 66 peratus dari kajian mereka di UK dan 61 peratus dari kajian di US tidak memilih untuk membeli kenderaan elektrik (EV) kerana harga yang tinggi.

Kajian-kajian Juniper itu juga mendapati responden mahukan kos pemilikan mesti rendah untuk membenarkan harga pembelian yang tinggi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Juniper juga mendapati hanya lima peratus dari responden yang dihubungi di kedua-dua negara itu menggunakan EV dan Tesla ialah pilihan paling popular. 

Skim mobiliti seperti Mobility as a Service (MaaS) juga perlu diintegrasikan dengan unit-unit EV bagi membenarkan lebih ramai lagi yakin dengan penggunaan kenderaan elektrik.

 

 

Kajian Juniper berkaitan penggunaan MaaS mendapati konsumer mampu menjimatkan sehingga US$10.5 bilion jika perkhidmatan mobiliti itu digunakan bersama EV.

Juniper seterusnya berkata teknologi bateri yang lebih baik turut diperlukan. Sebanyak 48 peratus responden dari UK dan 47 peratus responded di US mungkin akan beralih ke EV sekiranya jangkahayat bateri ditingkatkan.

"Syarikat automotif perlu melabur dalam penghasilan bateri dengan prestasi yang lebih baik, jarak gerak yang lebih jauh dan kos yang dikurangkan," ujar pengarang kajian Juniper, Scarlett Woodford.

Juniper Research mewawancara 1,000 responden dewasa dari UK dan 1,000 responden dewasa dari US semasa kajian itu dilakukan Julai lalu.