62 kereta Grab promosi kempen 'Fuelled to Win' dari Caltex Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Para pengunjung stesen minyak Caltex di Bukit Jalil Indah hari ini dikejutkan dengan kehadiran 62 unit kenderaan Grab yang dihiasi kempen terbaharu 'Fuelled to Win' dari Caltex.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2019 ini bakal menawarkan hadiah utama berupa Volvo XC40 dengan pembelian minimum bahan api sebanyak RM40. 

Acara yang berlangsung siang tadi itu juga menyaksikan upacara pelepasan 'flag-off' barisan kenderaan Grab yang disempurnakan oleh Rakan Selebriti Caltex Malayia, Dato' Hans Isaac. 

 


Chevron Malaysia Limited yang mengoperasikan jenama Caltex di Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dengan kerjasama bersama Grab Malaysia bagi mempromosikan kempen 'Fuelled to Win' di seluruh negara.

Berucap ketika upacara flag-off, Pengerusi Chevron Malaysia Shahid Ahmed berkata, "semenjak kami bertapak di Malaysia pada tahun 1936, Caltex berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan negara Malaysia.

"Kini kami mempunyai lebih daripada 400 buah stesen minyak di seluruh negara membawakan bahan api Techron untuk kegunaan rakyat Malaysia.
 


Liveri baharu yang dibawakan bukan sahaja menunjukkan pencapaian Caltex, malah ia juga bertindak sebagai simbolik kepada pertumbuhan selari dengan ulang tahun yang ke-62 Malaysia. 

14 Mac 2019, Caltex menerima pengiktirafan Guinness World Records apabila pemandu wanita Natasha Chang menggunakan bahan api Techron di dalam sebuah Honda Civic berusia 28 tahun dan berjaya mencapai rekod terpantas di pergunungan Doi Chang. 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.caltex.com/my atau laman rasmi Facebook Caltex di www.facebook.com/Caltex.Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…