67 kenderaan terbiar di Putrajaya akan dialihkan melalui Ops Alih

oleh HEZERI SAMSURI|
Masalah kenderaan yang ditinggalkan begitu sahaja di Putrajaya bakal tamat.

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di Jabatan Perdana Menteri telah mengenalpasti 17 kereta dan 50 motosikal terbiar di kuarters kerajaan dan akan dipindahkan melalui Ops Alih yang akan berlangsung dalam tempoh dua bulan ini.

BPH akan bekerjasama dengan pihak JPJ, polis dan pihak bank dalam operasi pembersihan ini bagi memastikan ia berjalan dengan sempurna dan adil.

Kenderaan-kenderaan tersebut akan dipindahkan ke Depot Kenderaan Tinggal di Presint 20 dan akan dimusnahkan selepas tempoh enam bulan sekiranya tidak ada tuntutan dari pemiliknya.

Pemilik kenderaan akan dikenakan denda dan kos pengalihan kenderaan sebanyak RM150 serta fi depot sebanyak RM10 sehari.

* Gambar utama hanya hiasan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut JBPM, Pusat Gerakan Operasi Putrajaya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu…
Informasi
"Kos ini di luar kemampuan kewangan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan. Atas dasar itu, PPj tidak…
Informasi
Beliau berkata 14 laluan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup sepenuhnya bermula 10 malam…