7 buah Nissan Skyline GT-R/Nissan GT-R edisi terhad yang pernah wujud

oleh Mohamad Hanif|
Generasi Nissan Skyline GT-R dan Nissan GT-R R35 merupakan legasi jiwa kelajuan Nissan yang menjadi kegilaan dan buruan para pencinta dunia automotif sedunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara kita menunggu bagaimana Nissan mahu membuat acuan baharu untuk generasi selepas R35, mari kita imbas kembali beberapa model GT-R yang paling terhad pernah dihasilkan di sepanjang garis masa Godzilla ini. 

 

1. Nissan Skyline GT-R Autech Version (416 unit)


Nissan tidak pernah membina sebuah GT-R empat pintu ini secara rasmi, ianya merupakan hasil kerja tangan firma penala Autech bersempena ulang tahun ke-40 Skyline pada tahun 1998. 

Senang cerita, ia sebuah sedan empat pintu dengan nadi asal sebuah GT-R R33 dan sistem ATTESA-ETS dan sebanyak 416 unit sedan GT-R ini telah dibina oleh pihak Autech. 

 

2. Nissan Skyline GT-R R33 LM (188 unit)


Model edisi terhad yang dihasilkan oleh NISMO sebagai homologasi khas bersempena penyertaan R33 di dalam perlumbaan 24 jam Le Mans pada tahun 1996. 

Model halal untuk kegunaan jalan raya ini mempunyai unit RB26DETT yang telah ditala kepada 300 hp, dengan kit badan yang serba lebar dan agresif. 

Sebanyak 188 unit LM telah dibina, terdiri daripada GT-R LM (86 unit) dan versi V-Spec LM (102 unit). 

 

3. Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec Nur (250 unit)


Nissan GT-R R34 juga sebenarnya mempunyai versi Nurburgring di mana model ini menerima talaan yang khusus berdasarkan ujian di Nurburgring. 

Anda sudah tentu pernah mendengar versi V-Spec Nur, namun M-Spec Nur juga pernah wujud sebagai unit terakhir produksi dengan unit penghasilan sebanyak 250 unit sahaja, menjadikan ia antara paling sukar untuk ditemui. 

Berdasarkan perjanjian paling lelaki (gentlemen's agreement) yang dibuat di Jepun, unit R34 M-Spec Nur ini hanya diiklankan dengan kuasa sekitar 276 hp, namun realitinya ia mampu mencecah sehingga 300 kuasa kuda!

 

4. Nissan GT-R versi Midnight Opal (100 unit)


Pada tahun 2014, Nissan telah melancarkan edisi khas GT-R yang hadir dengan warna Midnight Opal dengan unit produksi yang terhad, iaitu sekitar 100 unit sahaja. 

Warna yang unik ini bukanlah kali pertama ditawarkan pada Nissan GT-R, malah sebelum ini Nissan telah menawarkan warna Midnight Purple untuk model edisi terhad R33 GT-R dan R34 GT-R yang mengambil masa kira-kira 10 hari sebelum ia habis terjual. 

Variasi Midnight Purple III turut ditawarkan kembali pada R34, juga dalam unit yang terhad menjadikan ia antara warna yang eksotik untuk dilayangkan kepada sebuah GT-R.

 

5. Nissan GT-R50 (50 unit)


Tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ia antara model yang terbaharu dibina oleh Italdesign sempena ulang tahun yang ke-50 GT-R.

Pada awalnya, ia hanya sekadar konsep, namun akhirnya Italdegisn dan Nissan bersetuju untuk membina GT-R50 ini dengan enjin yang telah dinaiktaraf kepada 710 kuasa kuda dan 780 Nm - terima kasih kepada sistem turbo spesifikasi GT3.

Seperti nama yang tertera, sebanyak 50 unit sahaja akan dibina dengan kos pembelian bernilai RM4.2 juta. 

 

6. Nissan Skyline GT-R R33 400R (44 unit daripada 100 plan original)


Pada tahun 1997, edisi khas R33 yang digelar sebagai 400R diperkenalkan dengan enjin RBX-GT2 yang mampu menjana 400 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas, menjadikannya mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 4 saat!

Dengan tetapan boost tertinggi, enjin RB26DETT yang telah dimodifikasi ini mampu mencapai takat kuasa 500 hp. 

Pada awalnya, NISMO mahu membina 100 unit R33 400R ini namun hanya 44 unit sempat dihasilkan sebelum produksi R33 tamat pada 1998.

 

7. Nissan Skyline R32 HKS Zero-R (empat unit sahaja!)


Merujuk kepada video yang diterbitkan oleh Galeri Kereta, ini merupakan antara unit yang paling nadir pernah wujud di muka bumi, bertarikh sekitar 1990-an di mana ia dibina oleh HKS, penala terkemuka pada ketika itu. 

HKS membina sebanyak empat unit R32 HKS Zero-R, tiga daripadanya tersimpan rapi di Jepun manakala unit tunggal keempat ini pula dibeli oleh Sultan Brunei. 

Antara elemen unik yang ada pada R32 HKS Zero-R ini termasuklah rear fascia kustom yang menggandingkan rekaan diffuser terbina pada bumper dan dua buah tip ekzos. 

Projek ini dihentikan oleh HKS memandangkan syarat homologasi memerlukan kos yang teramat tinggi untuk menguji keselamatan sebelum dibenarkan dijual di pasaran. 

Unit terakhir yang ada di Brunei ini antara empat unit yang ada di dunia, menjadikan ia sebuah R32 edisi terhad yang paling rare pernah wujud di dalam sejarah GT-R.

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan…
Berita Global
Namun, tahukah anda ia juga merupakan antara Nissan GT-R yang paling mahal harganya di dalam…