Beliau berkata, pemeriksaan ketat itu bagi memastikan tiada unsur penyeludupan serta mengesahkan pemilik sebenar kenderaan.
"Pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh termasuk bahagian dalam kenderaan dan semakan dokumen berkaitan," katanya kepada pemberita di ICQS Rantau Panjang pada Isnin.
Bakri berkata jumlah kenderaan yang dijangka masuk menerusi Rantau Panjang tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada pemilik kenderaan serta syarikat trak tunda yang menguruskan penghantaran dari Thailand.
"AKPS tidak berkompromi dalam aspek keselamatan sempadan. Setiap kenderaan yang masuk perlu melalui pemeriksaan teliti sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan," katanya.
Sebelum ini, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dilapor berkata lebih 500 kenderaan rakyat Malaysia terjejas akibat banjir besar di Hat Yai pada 22 November lalu.