7 remaja bawah umur ditahan, 'merempit' pada hari pertama PKPD

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Tujuh remaja bawah umur antara 31 individu ditahan dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alaiddin, Bandar Sultan Suleiman, di Klang, pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi yang bermula pada 5.30 petang hingga 10.30 malam tadi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Pada 21 Jun tempoh hari, polis baru sahaja menjalankan operasi ini... baru sangat tetapi mereka tidak serik-serik walaupun pada hari pertama pelaksanaan PKPD.

 

"Ketika operasi berkenaan, ada yang cuba melarikan diri tetapi polis sudah kepung, jadi mereka tidak dapat keluar (melarikan diri).

"Hasil operasi yang dijalankan, polis berjaya menahan 31 individu, terdiri daripada 30 lelaki dan seorang remaja perempuan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

 

Nurulhuda berkata, siasatan mendapati tujuh dari 31 individu yang ditahan adalah remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.

 

"Kesemua individu yang ditahan adalah warga tempatan yang berumur di antara 13 tahun hingga 23 tahun," katanya.

 

Dalam operasi itu katanya, 26 motosikal ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pihaknya.

 

"Sebanyak 76 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Sebanyak 22 kompaun dikenakan kepada 22 mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam tanpa hala tuju," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…
Berita Domestik
  Aktiviti yang sekian lama terhenti susulan kemalangan meragut nyawa lima penunggang motosikal di…