70Mai M500 - Dashcam dah cukup ngam untuk anda

oleh SALINA JALIL|
Kamera papan pemuka atau dashcam sudah menjadi seperti satu benda yang wajib dipasang dalam kereta, seperti filem penapis haba (window tint) dan pewangi/pembersih kenderaan.


Namun begitu, kita ada banyak jenama dari China untuk dashcam, dan dari pengalaman kami, semuanya indah khabar dari rupa, atau harga yang tak munasabah dengan spesifikasi yang diberikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Untuk kami, jenama 70Mai menghasilkan dashcam yang berkualiti, spesifikasi yang menarik dan nampak cantik - sesuai dengan statusnya sebagai anak syarikat gergasi elektronik, Xiomi.

 

Model terbaharu dari 70Mai ini adalah antara yang paling berbaloi bagi dashcam hadapan sahaja.

 

Model M500 datang dengan kualiti imej resolusi 1944P dengan teknologi High Dynamic Range (HDR).

 

Sebagai tambahan, sekiranya anda menggunakan Hard Wire Kit, ia mampu digunakan untuk mengawasi kenderaan anda ketika parkir.
 

 

Di bawah ialah antara fungsi-fungsi terkini M500 yang kami rasa cukup mantap.

 

1. Jika anda beli sistem Tire Pressure Monitoring 70Mai, anda boleh gunakan sistem Bluetooth untuk disambungkan ke M500. Ini bermakna jika tekanan udara tayar rendah, unit M500 anda akan berbunyi memberikan amaran.

 

2. Fungsi Emergency Recording yang akan mengasingkan fail waktu kecemasan itu ke dalam folder lain untuk memudahkan kita mencarinya.

 

3. Fungsi kawalan suara yang memudahkan kita kerana tak perlu terkial-kial mencari butang atau mengeluarkan telefon pintar/smartfon.

 

4. Imej yang direkod oleh kamera 5-megapixel bersaiz 2592 X 1944P, 2.5 lebih terang dari 1080P.

 

 

5. Lens memberikan pandangan seluar 170-darjah - boleh meliputi tiga laluan jalanraya atau lebih!

 

6. Teknologi High Dynamic Range membantu imej jadi lebih jelas waktu gelap.

 

7. Aperture F2.0 juga membantu supaya lebih banyak cahaya masuk, bagus ketika waktu gelap.

 

8. Fungsi time-lapse yang menjadikan ruang memori lebih jimat - 1/30 lebih kompak. Ini bagus untuk merekod kejadian ketika parkir.

 

9. M500 menerima signal dari dua satelit - GPS dan Glonass - menjadikan fungsi Route-Tracking lebih tepat.

 

10. Sistem ADAS memberikan amaran untuk lane-departure, pelanggaran hadapan, kenderaan hadapan bergerak dan pelanggaran dengan pejalan kaki atau basikal.

 

11. Tidak menggunakan kad memori - membuatkan ia lebih stabil dan lebih cepat untuk merekod dan untuk video dimainkan semula.
 

 

Harga untuk M500 ini ialah:

 

RM439 untuk memori bersaiz 32Gb
RM479 untuk memori bersaiz 64Gb

 

Tetapi untuk promosi Careta sehingga 9 Mac 2022, harganya ialah

RM399 untuk memori bersaiz 32Gb
RM439 untuk memori bersaiz 64Gb

 

Ingat, belian harga promosi hanya boleh dilakukan di auto2u.my dan kod promo ialah CARETA500.

 

Promosi ini juga memberikan anda kos penghantaran percuma dan hadiah pelitup muka Ox percuma (bernilai RM20) serta pelekat Dasher Car percuma (bernilai RM20).

 

Anda juga layak untuk masuk Cabutan Bertuah dengan hadiah pembersih vakum kereta (10 unit untuk dimenangi), siapa cepat dia dapat ya!

 

dasher

 

Nak faham lebih lanjut, tengok video ini:

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…