71 Sekolah di KL dan Selangor Laksanakan PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

oleh Qalif Latif|
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran kepada 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 26 hingga 28 Mei 2025, bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Langkah ini diambil sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan gangguan terhadap pembelajaran pelajar akibat penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang acara antarabangsa itu berlangsung. Menurut kenyataan KPM, keputusan ini penting bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.

KPM turut menasihatkan ibu bapa, penjaga, murid, serta warga sekolah yang terlibat agar merujuk kepada saluran rasmi sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.

PDPR

“Pengalaman lalu ketika pandemik membuktikan bahawa PdPR boleh dilaksanakan dengan berkesan. KPM yakin pelaksanaan kali ini akan berjalan lancar dan pada masa sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijangka melibatkan kehadiran pemimpin tertinggi rantau Asia Tenggara dan akan berlangsung di sekitar ibu negara, justeru penyesuaian logistik termasuk sektor pendidikan adalah penting bagi menjamin kelancaran penganjuran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui kerjasama ini Honda Malaysia menyediakan 25 unit All-New e:N1, model kenderaan elektrik…
Berita Domestik
Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran pergerakan penduduk tempatan serta delegasi…
Berita Domestik
"Kabinet baru-baru ini memutuskan (penggunaan EV). Mari kita tunjukkan di Malaysia semua kenderaan…