72 unit Honda ADV-150 untuk bantu MotoGP Mandalika

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 72 unit skuter adventure Honda ADV-150 bakal digunakan semasa acara MotoGP Mandalika yang akan berlangsung 19-20 Mac 2022 kelak.

Sebanyak 32 unit skuter tajaan PT Astra Honda Motor (AHM) itu diserahkan kepada Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) baru-baru ini, tambahan dari 40 unit yang telah dijanjikan sebelum itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain dari skuter ADV-150, AHM juga menaja sebuah Honda CBR250RR untuk digunakan semasa acara itu.

Kesemua motosikal itu akan digunakan untuk tujuan operasi di litar dan di kawasan bukan litar di Mandalika.

AHM berkata tajaan itu adalah sokongan Honda kepada kerajaan negara republik itu dalam mengembangkan sukan permotoran tempatan dan untuk memastikan kejayaan acara MotoGP Mandalika.

Indonesia menjual sebanyak 5.17 juta unit motosikal untuk tahun 2021, peningkatan sebanyak 38.6 peratus dari tahun sebelumnya.

Jenama Jepun mengawal lebih dari 95 peratus pasaran motosikal Indonesia dan Honda ialah jenama paling popular, jauh meninggalkan pesaingnya seperti Yamaha, Suzuki dan Kawasaki.

*Laporan penuh di kompas.com

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…