8 daripada 10 pemandu Malaysia mahukan EV - kajian BMW

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu tinjauan terbaharu yang dijalankan oleh BMW Group mendapati lapan daripada 10 orang pemandu di Malaysia mahukan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan satu angka yang sangat memberangsangkan memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara yang sangat bergantung kepada kereta dan mempunyai kadar pemilikan kereta yang tertinggi di Asia Tenggara.

85 peratus daripada responden menyatakan mereka memandu sekurang-kurangnya sekali dalam satu hingga tiga hari, melakukan perjalanan pergi dan pulang dari pejabat (74%), melakukan tugas harian (65%) atau berkelana di hujung minggu (36%).

Ada di antara mereka yang mengakui EV menyumbang kepada pengurangan emisi karbon (27%), menjimatkan kos bahan bakar (49%) selain menymbang kepada pengalaman pemanduan yang lebih premium (40%).

Salah tanggapan terhadap EV sebenarnya masih lagi wujud, di mana lebih separuh daripada pemandu Malaysia mungkin akan memilih kenderaan petrol (59%) untuk pembelian kereta seterusnya.

Antara kebimbangan yang diutarakan termasuklah jarak operasi kenderaan elektrik, kos penyenggaraan, serta kesukaran pengecasan.
 

EV


33% responden percaya EV hanya boleh dipandu sejauh 100 km sebelum ia perlu dicas semula, 41% lagi menganggap EV lebih mahal untuk diservis dalam tempoh 10 tahun, sementara 29% pula percaya proses pengecasan EV merupakan satu perkara yang rumit.

Semua itu bukan lagi menjadi satu masalah, memandangkan BMW kini mempunyai barisan produk BMW i dengan jarak operasi sejauh 425 km (BMW iX xDrive40), diikuti dengan kemudahan pengecasan BMW i Wallbox dan pengecasan pantas DC yang boleh didapati di pusat pengedar BMW, tempat awam dan juga lebuh raya.

Pemilikan EV juga sebenarnya mampu mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan disebabkan kandungan komponen yang lebih rendah untuk diservis, seperti ketiadaan minyak enjin, palam pencucuh, dan penapis udara, selain kos penggantian bateri yang lebih murah disebabkan rekaan modular bateri itu sendiri.

Apa yang menjadi pertimbangan kebanyakan pemandu di Malaysia terhadap pemilikan EV adalah sokongan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu.
 

EV


Ini ditunjukkan menerusi insentif kenderaan cekap tenaga (EEV) yang diperkenalkan sebelum ini memainkan peranan penting dalam merangsang sambutan positif terhadap kenderaan hibrid elektrik seperti 330e, 530e, serta SUV PHEV X5 dan X7.

Menerusi dasar yang digariskan dalam Bajet 2022 yang menjanjikan pengecualian penuh duti import, duti eksais dan cukai jualan terhadap EV dilihat mampu merapatkan lagi jurang harga antara EV dan kenderaan konvensional.

BMW Group juga turut menjalankan inisiatif bersama rakan kongsi seperti Tenaga Nasional, Siemens Malaysia, serta Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) dalam memajukan lagi ekosistem dan prasarana EV di dalam negara.

Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh BMW Group baru-baru ini melibatkan 4,000 orang pemandu dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand dengan sasaran sekurang-kurangnya 2,800 orang pemilik lesen memandu bagi menilai tahap kecenderungan pemandu Asia Tenggara terhadap EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…