Ada juga di antara mereka yang membawa skuter berkenaan sehingga ke lorong kanan jalan raya iaitu lorong untuk kenderaan memotong.
Aksi tersebut bukan sahaja berisiko membawa padah kepada diri sendiri malah boleh mengundang perkara buruk berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Selamat datang ke Malaysia. Di mana anda boleh lihat banyak benda tak masuk akal di jalan raya. Ini betul-betul next level. Benda b*doh macam ni boleh nampak kat Malaysia,” ujar si perakam video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa bimbang melihat tindakan para lelaki yang menunggang skuter elektrik secara berbahaya.
Ramai juga bersetuju bahawa aksi tidak bertanggungjawab itu mampu membahayakan keselamatan orang lain dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan lelaki tersebut kerana sudah melanggar undang-undang jalan raya.
Video di bawah:
https://www.tiktok.com/@pelanggaran.trafi/video/7427341349411753223